Jika 'kedai telekomunikasi' adakah ianya bersesuaian untuk kegunaan papan iklan. | Frasa yang betul ialah "Kedai Alat Telekomunikasi" kerana yang dijual (di kedai) ialah alat telekomunikasi bukan telekomunikasi. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Minta bantuan Perkataan jawi untuk 1) KEDAI KOMPUTER DAN TELEKOMUNIKASI 2) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI 3) KEDAI TELEKOMUNIKASI terima kasih | 1. کداي کومڤوتر دان تيليکومونيکاسي 2. کداي الت تيليکومونيکاسي 3. کداي تيليکومونيکاسي | Ejaan | 09.12.2019 |
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi? | Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat. Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasi. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Saya ingin menjadikan gambar iklan di bawah sebagai papan iklan kekal di premis perniaggan saya. Mohon untuk memberi cadangan. | Sila pinda Kedai Telekomunikasi kepada PUSAT TELEKOMUNIKASI dan besarkan saiz hurufnya. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
kedai telekomunikasi | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 11.10.2017 |
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI Hoco.Malaysia DIMILIKI OLEH:ROBOCART ENTERPRISE(002790926-D) Fashions Digital Life | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479389/9398/9400/9500/9600. | Lain-lain | 03.04.2018 |
Adakah ayat "kedai alat telekomunikasi" sesuai digunakan untuk papan iklan. Mohon pandangan tuan jika ada cadangan yang lain. TK | Frasa "Kedai Alat Telekomunikasi" boleh digunakan untuk keterangan aktiviti kedai/iklan tersebut. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja? | 1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
| Tatabahasa | 14.05.2020 |
Bagaimana saya boleh mendapatkan kelulusan penggunaan perkataan untuk ilkan kedai?Saya ada satu lampiran contoh iklan. | Sila pinda Kedai Telekomunikasi Dan Komputer kepada Kedai Alat Telekomunikasi dan Komputer, dimiliki oleh kepada Dimiliki oleh. Kemudian, hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepada tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. | Lain-lain | 20.03.2015 |
1. apakah faktor2 yg menyebabkan berlakunya perkembangan kosa kata melayu dalam bidang komputer dan telekomunikasi? 2. cadangan buku yang sesuai untuk dijadikan panduan dalam membincangkan tentang perkembangan kosa kata dalam bidang komputer dan telekomunikasi dalam kamus dewan | Antara faktornya ialah perkembangan ilmu di peringkat global dalam bidang berkenaan. Sdr. boleh rujuk buku/glosari/kamus dalam bidang komputer yang terdapat dalam pasaran. | Lain-lain | 12.04.2008 |