Soalan saya ialah : Adakah perkataan "kuning telur" atau "telur kuning" yang patut digunakan? Saya mendapati "kuning telur" yang sepatutnya digunakan tetapi jika merujuk kepada Hukum D-M, perkataan yang dikira sebagai betul ialah "telur kuning". Hal ini kerana "telur" bertindak sebagai perkara yang diterangkan ataupun inti, manakala "kuning" pula bertindak sebagai penerang. Tetapi persoalannya mengapa "kuning telur" yang dianggap betul bukannya "telur kuning"? | Untuk makluman tuan, perkataan kuning telur merupakan kata nama yang diterjemahkan daripada bahasa sumber bagi egg yolk. | Tatabahasa | 27.05.2020 |
MANA PERKATAAN YANG BETUL BUNGA TELUR ATAU TELUR BUNGA ( HUKUM DM) | Frasa yang betul ialah bunga telur, bunga yang diterangkan dan telur yang menerangkan jenis bunga tersebut. | Tatabahasa | 04.10.2011 |
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur. | Makna | 29.09.2017 |
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan? | Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Apakah penjodoh bilangan yang terkini untuk bunga telur (bagi bilangan satu) dan bunga telur (bagi bilangan banyak). Terima kasih | Tidak semua kata nama memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan bagi bunga telur, apatah lagi pada masa kini bunga telur boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Lazimnya bunga telur disebut/dikira dalam bentuk unit. | Tatabahasa | 26.07.2016 |
penggunaan mana yang betul "telur masak separuh" atau "telur separuh masak" | Telur separuh masak ialah istilah yang digunakan dan terjemahan daripada half-boiled egg. | Lain-lain | 05.08.2016 |
Telur separuh masak atau Telur masak separuh. Mohon penjelasan daripada jawapan yang diberikan. Terima kasih. | Telur separuh masak | Lain-lain | 02.12.2015 |
blh saya tanya "telur rebus ayam" atau "telur ayam rebus" yang mana betul? | "telur ayam rebus" betul | Tatabahasa | 18.06.2019 |
1) Apakah perbezaan antara separuh dengan setengah? 2) Telur separuh / setengah masak atau telur masak separuh / setengah? Terima kasih! | 1) "Separuh" dan "setengah" mempunyai maksud yang sama. 2) Perkataan yang betul ialah "telur separuh/setengah masak". | Makna | 11.02.2022 |
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini? | 1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk. 2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan. | Tatabahasa | 07.12.2014 |