salam 1 Malaysia. Apakah tema Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 2013? adakah temanya masih sama seperti tahun lepas? terima kasih | Tema Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 2013 ialah “1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara". | Lain-lain | 25.09.2013 |
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih. | Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa. | Tatabahasa | 13.04.2018 |
Saya mohon maaf soalan yang saya kemukakan sebelum ni dan dalam proses ada sedikit kesilapan . Yang akhir sekali saya tanya tema Cerpen majalah Pelita Bahasa bukan Tunas Cipta . Majalah Pelita Bahasa tentang bahasa saja ke diterima atau temanya bebas ? Saya juga minta diberi alamat email kiriman puisi untuk Pelita Bahasa . (Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?) | Salam, puan. Seperti majalah terbitan DBP yang lainnya, tema cerpen majalah Pelita Bahasa juga bebas. Walau bagaimanapun, cerpen yang bertemakan bahasa dan sastera sangat dialu-alukan. Penghantaran bahan boleh diajukan kepada Ketua Editor Bahagian Majalah seperti yang sudah dijawab sebelum ini kepada puan. | Lain-lain | 11.06.2012 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |