[tem.bi.kar] | تمبيکر
Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; memberi makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tem.bi.kar] | تمبيکر
Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)