RESTORAN HM R&R KIDS SHOP HLT TEMERLOH SDN BHD MCM MANA NK JAWI KAN AYAT DI ATAS YE? MASALAH PADA AYAT YG SEKETUL2 TU. TERIMA KASIH | Ejaan jawi bagi RESTORAN HM R&R KIDS SHOP HLT TEMERLOH SDN BHD ialah RESTORAN - ريستورن HM - ايچ عيم R&R - ار & ار KIDS - كيد س SHOP - شوڤ HLT - ايچ ايل تي TEMERLOH - تمارلوه SDN. BHD. - سنديرين برحد | Ejaan | 30.12.2019 |
saya nak kan sijil sebab majlis perbandaran temerloh nakkan sijil utuk dapatkan lesen sila email ke komsaadi@gmail.com | Sekiranya pihak tuan telah menggunakan perkhidmatan Khidmat Pengesahan Bahasa, tuan boleh mencetak sijil tersebut melalui sistem sekiranya telah lulus. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi: 03-21479400/9500/9600 | Lain-lain | 28.02.2017 |
Ada beberapa versi Tatabahasa Dewan. Boleh nyatakan tahun terbitan bagi semua versi yang telah dikeluarkan? Saya agar keliru dengan kemunculan edisi baharu dan seterusnya edisi ketiga. Bolehkah saya tahu no.telefon kedai buku D&B cawangan temerloh? | Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ialah terbitan terbaharu setakat ini. Saudara boleh mendapatkannya di kedai buku yang berhampiran (tidak ada cawangan Kedai Buku DBP di bandar Temerloh). | Lain-lain | 13.03.2012 |
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon. | Mencari Teduh di Kuala Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor
Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Kirana Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik. | Lain-lain | 02.06.2008 |
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |