Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.tan] | تمڤتن

Definisi : yg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain02.02.2012
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih.Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT.Lain-lain02.02.2012
Salam, Apa yang dimaksudkan dengan 'ultra vires'? Contoh yang boleh di ambil mengenai 'ultra vires' di Malaysia pada peringkat kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan ialah..... Terima Kasih.

Saudara Luqman,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksudnya ialah  melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg sewajarnya. Untuk mendapatkan contoh atau keterangan lanjut dari segi penggunaannya dalam konteks kerajaan tempatan, saudara bolehlah menghububgi pihak berkuasa tempatan di tempat  saudara atau merujuk makalah undang-undang tentang perkara ini.   

Makna23.07.2009
saya ingin bertanya berkaitan: 1) definisi bahasa penulis tempatan dan luar negara? 2) definisi melayu penulis tempatan dan luar negara? 3) jika saya menggunakan definisi bahasa oleh Edward Sapir 1921 adakah masih boleh digunakan ataupun definisi tersebut tidak diguna pakai lagi? 4) definisi bahasa melayu penulis tempatan dan luar negara?Jawapan kami merujuk Kamus Dewan, bahasa ialah  sistem lambang bunyi suara yg dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya); dan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia. Tuan boleh menggunakan takrifan yang diberi oleh mana-mana sarjana asalkan bersesuaian dengan konteks penggunaannya kerana sumber ilmu tidak terhad kepada sarjana tempatan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain02.03.2012
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang.

2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar).

Ejaan24.12.2011
Apakah faktor kesalahan tatabahasa dalam akhbar-akhbar tempatan dan apakah cadangan untuk mengatasinya?Kebanyakan kesalahan tatabahasa berlaku dalam akhbar-akhbar tempatan kerana kebanyakan penulis kurang memahami fungsi atau kegunaan kata yang digunakan. Namun demikian, bagi membantu, Buku Tatabahasa Dewan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Selain itu, bagi mengurangkan kesalahan ini, kesedaran pada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul perlulah ada demi mewujudkan rasa cinta pada bahasa kebangsaan ini.Lain-lain31.07.2007
huruf besar atau kecil? Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-enakman Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-majlis Tempatan 1992Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran, Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1992Ejaan28.03.2005
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIHBeberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan.Lain-lain03.11.2008
statistik bahasa yang digunakan dalam malaysia

Saudara dinasihati merujuk pihak universiti tempatan yang ada menjalankan kajian tentang perkara ini atau merujuk makalah yang terdapat di perpustakaan. dalam majalh dan akhbar tempatan.

Lain-lain29.04.2008
Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? diputuskan adalah salah mengikut jawaban buku rujukan. TQMereka berasa kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan.Tatabahasa14.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas