| adakah tempohari harus menjadi tempoh hari manakala kaitangan dijarakkan, begitu juga dengan juruteknik dan juruaudio, harus dijarakkankah? | jawapannya, tempoh hari, kakitangan, juruteknik dan juruaudio | Tatabahasa | 19.11.2007 |
| Tempoh hari saya ada tanya tentang ejaan betul antara Akad atau Akkad, tetapi pihak tuan/puan salah faham dan menyangka ia akad seperti dalam "akad nikah" mengikutkan ejaan. Saya nak tanya ejaan bagi negeri kuno "Akkad", patutkah dieja Akad atau Akkad mengikut pedoman ejaan? | Ejaan yang digunakan bagi nama tempat kuno ialah Akad. Penggunaan kata ini hanya muncul sekali dalam karya Melayu klasik (Sila rujuk Malay Concordance Project). | Ejaan | 27.04.2024 |
| Merujuk kepada soalan saya tempoh hari, belum lagi terjawab. Soalannya seperti berikut - Adakah istilah Bahasa Melayu "Bebiri Panggang bersama Sayuran" sesuai digunakan untuk "Grilled Lamb with Vegetables"? Sekian terima kasih. | Terjemahan bagi yang lebih sesuai bagi "Grilled Lamb with Vegetables" ialah "Kambing Panggang dengan Sayuran" | Lain-lain | 02.10.2017 |
| Salam tuan/puan, Maaf soalan saya tempoh hari kurang jelas. Soalan sebenar saya: Apakah terjemahan 'menjunjung kasih' dalam bahasa Inggeris? Terima kasih. | DBP menyediakan khidmat penyemakan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan tidak sebaliknya. | Lain-lain | 23.12.2014 |
| Terima kasih atas jawapan untuk soalan tempoh hari.....masih lagi istilah compelling atau menarik ini....untuk pola kebergunaan iaitu usability manakala untuk istilah kebermenarikan ......bolehkah digunakan untuk mewakili kata dasar ayat compelling ini | Tidak ada contoh penggunaan kata "kebermenarikan" dalam data kami dan pembentukan kata ini juga agak janggal. Mengambil contoh perkataan "kebergunaan", terbit daripada akar kata guna, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebermenarikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.11.2014 |
| Assalam Fail ini ada kaitan dengan soalan saya tempoh hari pada 7/7/2024 berkenaan dengan penggunaan YABrs. Terima kasih. | Kami mengambil maklum perkara tersebut dan akan mengemas kini jawapan KNDBP. Untuk panggilan hormat dan kaedah penggunaannya, tuan boleh merujuk SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 14.07.2024 |
| Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan yang saya tanya tempoh hari yang lepas dan jawapan yang diperoleh seperti berikut; Soalan, salam sejahtera, Perlukah penjodoh bilangan digunakan selepas penggunaan kata bilangan "setiap/ tiap-tiap)? Contoh ayat, 1. Setiap orang pekerja yang tidak hadir dalam aktiviti gotong-royong itu mesti memberikan surat tunjuk sebab. 2. Tiap-tiap peserta Bengkel Tatabahasa itu dikehendaki mengenalpasti struktur ayat yang salah berdasarkan hukum tatabahasa. Jawapan, Kata setiap atau tiap-tiap tidak perlu diikuti penjodoh bilangan, isu sebenarnya ialah sama ada kata nama yang hadir selepas kata setiap perlu didahului penjodoh bilangan atau tidak. Bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan untuk menunjukkan bilangan kata nama perlu hadir berpasangan dengan penjodoh bilangan. Dengan hal yang demikian, adakah ini bermakna contoh ayat 1 salah dan contoh ayat 2 betul ? Bagaimanakah dengan contoh ayat ini, Setiap dua orang murid perlu membawa seringgit ke sekolah. | Berdasarkan jawapan yang diberikan sebelum ini ayat yang gramatis ialah ayat pertama, Setiap orang pekerja yang tidak hadir dalam aktiviti gotong-royong itu mesti memberikan surat tunjuk sebab dan ayat Setiap dua orang murid perlu membawa seringgit ke sekolah. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
| Salam sejahtera kepada tuan/puan. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya tempoh hari. Berkenaan dengan bidang Sisten Ejaan Bahasa Melayu. Soalan: 1. Apakah fungsi dan kepentingan pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu? 2. Bagaimanakah untuk mengenalpasti penggunaan kata serapan, kata nusantara dan pinjaman dalam sesuatu penulisan? Sekian sahaja pertanyaan saya kepada tuan/puan. Sekian terima kasih. | 1. Pola keselarasan vokal penting sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. 2. Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
| Salam tuan di talian, Tuan tidak menjawab soalan kedua yang saya kemukakan tempoh hari. 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasih | Ayat yang gramatis ialah Di manakah letaknya kampung Danial? | Tatabahasa | 23.07.2012 |
| Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan 1 yang saya tanya dan jawapan yang dicadangkan tempoh hari, ( Soalan : Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." Jawapan : Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan. Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. ) Menurut Kamus Dewan, salah satu daripada maksud basi ialah " lebihan (baki) wang", jadi dalam ayat contoh tersebut, adakah penggunaan perkataan "basi" salah ? Terima kasih. | Secara lazimnya, masyarakat lebih kerap menggunakan perkataan baki. Namun, penggunaan perkataan basi dalam ayat tidak salah kerana Kamus Dewan mendefinisikan sebagai lebihan (baki) wang. | Tatabahasa | 01.07.2013 |