Amir Imran Feb 27th, 5:07pm salam...saya ada satu soalan, apa perbezaan penggunaan E (emak) dan E (ekor), dan bagaimana untuk menentukan sebutan 'E' dalam satu perkataan? | Lihat pola keselarasan vokal bagi e (pepet) dan e (taling): e(p) - a, lekat e (p) - i, lebih e (p) - u, tempuh e(t) - a, petak e (t) - e (t), leceh e(t) - o, esok, selekoh, tempoh Semoga panduan ini dapat membantu tuan, selebihnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau maklumat dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal | Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih | 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2009 |
Tuan/Puan, 1. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Pre-Emptive" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "The prime minister authorized a pre-emptive air strike against the rebels" 2. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Stand-off/Standoff" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "Standoff-based precision firepower" Terima Kasih | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan dalam bidang ketenteraan: 1. pre-emptive: terlebih dahulu 2. standoff: jarak tempuh Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laaras bahasa. | Makna | 03.08.2021 |
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP | Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. | Ejaan | 21.05.2010 |
penerangan mengenai pola keselarasan huruf vokal? | Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 13.02.2010 |
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes | Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya. Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14). | Tatabahasa | 23.01.2013 |