Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanya jawab antara majikan dgn pemohon kerja dll, interviu; 2. ark tanya jawab antara pemberita dgn seorang tokoh politik dll (utk mendapat berita dll), temu ramah, temu bual, wawancara, interviu; bertemu duga bertanya jawab (antara pe­mohon kerja dgn majikan, antara wartawan dgn tokoh politik dll): bila-bila sahaja dia boleh datang ~ dgn penarik-penarik beca yg benar-benar tahan lasak itu; menemu duga menyoal (pemohon kerja, tokoh politik, dll), menginterviu: lebih drpd seratus orang pemohon telah dipanggil utk ditemuduga tetapi hanya tiga puluh orang sahaja yg terpilih; penemu duga orang yg menemu duga (pemohon kerja dll), penginterviu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 soal jawab antara majikan dgn orang yg memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dgn orang kenamaan, spt tokoh politik; temu bual; wawancara. menemu duga menyoal pemohon kerja, tokoh politik dll (mengenai sesuatu perkara): Hanya sepuluh orang pe­mohon yg telah dipanggil utk ditemu duga. penemu duga orang yg menemu duga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab?Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan mak­lumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyia­sat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat.

Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains.

Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. 

Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb);
Makna22.09.2013
ejaan yang betul untuk: 1. temuduga 2. lapordiriEjaan yang betul ialah temu duga dan lapor diri. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataanEjaan12.11.2013
1- Penambahbaikkan atau penambahbaikan ? yang mana betul ? Bagaimanakah kaedah penambahan dua K 2- Atur cara atau aturcara ? Temuduga atau temu duga ? 3- Mohd pergi digunakan atau di gunakan ?

1. Yang betul ialah Penambahbaikan kerana kata dasar tambah baik menerima awalan Pe..an menjadi penambahbaikan.

2. Ejaan yang betul ialah atur cara dan temu duga kerana atur dan cara boleh membawa makna tersendiri.  Begitu juga dengan temu dan duga.

3. Ayat tersebut tidak lengkap, tetapi ejaan yang betul ialah digunakan.

Tatabahasa21.07.2010
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih

Salam sejahtera,

Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga.

Lain-lain11.03.2008
SAYA NAK BORANG JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI N17).SELAMA NI SAYA ISI TAK PERNAH DIPANGGIL TEMUDUGA.DAPAT KERJA TU PUN BUKAN SENANG. KALI NI DAH MASUK 3 KALI ISI BORANG.

Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan memuat turun borang tersebut melalui laman DBP.

Pastikan sdr mengisi dan melengkapkan borang tersebut sebelum dihantar kepada kami.

Sebagai makluman sdr, pemilihan calon temu duga dibuat setelah semua borang permohonan disemak dari aspek pengisian maklumat yang lengkap, memenuhi syarat kelayakan yang dikehendaki, melampirkan dokumen yang berkenaan, gambar disertakan dan sebagainya. Kami juga menggunakan sistem nisbah dalam menentukan jumlah calon temu duga.

Sila pastikan sdr menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup.

Semoga berjaya. 

 

Lain-lain03.11.2008
adakah anda mendapat borang permohonan perkerjaan yang saya hantar

Sdr,

Sekiranya sdr mengemukakan permohonan jawatan ke alamat sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar, Insyaallah permohonan tersebut telah kami terima dan kini dalam proses tapisan dan penilaian. Permohonan yang berjaya melepasi tapisan dan penilaian yang kini sedang dibuat sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang surat daripada kami dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Semoga permohonan sdr termasuk dalam senarai calon yang berjaya. Amin.

 

Lain-lain28.06.2010
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008
12

Kembali ke atas