salam pihak kndbp, sy ingin bertanya mngenai frasa temu bual dan temu ramah. adakah kedua memberi maksud yang sama atay berbeza? sy ada terjumpa di mana kedua2 frasa tersebut digunakan dalam 2 situasi berbeza. temu bual utk tnya perihal masalh yg berlaku, manakala temu ramah pertanyaan mengenai hal peribAdi. cth; wartawan itu sedang menemu ramah pelajar cmerlang. wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut. sekian, terima kasih. | Wa alaikumussalam. Perkataan temu bual dan temu ramah mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam situasi yang sama. Tidak ada penggunaan khas untuk situasi berbeza. Maksud temu bual ialah temu ramah seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat: "pertemuan dengan seseorang untuk bersoal jawab (seperti antara pemberita dengan tokoh politik); temu ramah; wawancara. bertemu bual bersoal jawab untuk mendapatkan berita dan sebagainya (seperti antara pemberita dsngan tokoh politik); bertemu ramah; berwawancara. menemu bual menyoal seseorang (sepertt tokoh politik) untuk mendapatkan berita dan sebagainya; menemu ramah; mewawancara. penemu bual orang yang menemu bual; penemu ramah; pewawancara. | Istilah | 27.02.2017 |
Salam pihak DBP, sy ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan Temu bual dan temu ramah adakah perkataan ini digunakan untuk situasi yang berbeza, cth; temu bual untuk menanyakan situasi kepada saksi, manakala temu ramah untuk menanyakan peribadi org yang ditemu ramah Wartawan itu sedang menemu ramah pelajar terbaik itu mengenai resepi kejayaannya wartawan itu sedang menemu bual saksi kemalangan tersebut terima kasih | Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah | Makna | 14.03.2017 |
Apakah perbezaan antara temu bual, temu ramah dan wawancara? Terima kasih atas nasihat anda. | Temu bual sama maksudnya dengan temu ramah dan wawancara, lihat temu+bual">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=temu+bual. | Makna | 17.11.2014 |
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
Memohon kepastian susunan perkataan Menurut Kamus Dewan, ejaannya terpisah bagi perkataan `temu bual’, `temu ramah’ dan `temu duga’. Apakah untuk `temu janji’ boleh menggunakan formula yang sama ataupun sesetengahnya ditulis sebagai `janji temu’. Sebenarnya, gaya tulisan manakah yang betul dan apa alasannya jika digunakan juga `janji temu’ yang kedengaran janggal. Terima kasih. | Selamat ptg: Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Sekain, terima kasih | Tatabahasa | 10.11.2016 |
adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan? | · Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara. · “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama. | Istilah | 20.02.2014 |
Saya ingin bertanya sama ada perkataan menemu ramah ditulis seperti di atas atau menemuramah. Ini kerana apabila saya merujuk pada Kamus Dewan edisi keempat ia ditulis seperti menemu ramah. Manakala apabila saya ingin mendapat kepastian dan menggunakan khidmat nasihat DBP online, saya dapati ejaan tersebut dieja seperti menemuramah dan terkandung dalam Dewan Pelajar. Justeru itu, saya ingin mendapat kepastian berhubung perkara tersebut. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah menemu ramah. Perkataan temu ramah dieja sebagai dua perkataan dan apabila menerima imbuhan meN menjadi menemu ramah. | Ejaan | 23.06.2008 |