Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temujanji


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan temujanji tidak lagi digunapakai? Sebaliknya perkataan janji temu yang harus digunakan? Kerana janji dahulu baru bertemu kemudian. Adakah rapat atau jarang? (Janji temu atau Janjitemu) Terima kasihJanji temu ejaan yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih.Ejaan30.09.2019
Assalamualaikum.... Saya musykil antara perkataan temujanji dan janji temu .... mana yang betul. Sekian,terima kasihIstilah bahasa Melayu yang betul ialah janji temu.Istilah21.07.2013
Tolong sahkan perkataan Janjitemu atau temujanji untuk appoiment sila sahkan perkataan goreng pisang atau pisang gorengIstilah yang betul ialah janji temu, pisang goreng. Istilah29.07.2009
Yang mana betul? janji temu atau temujanji?Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih.Istilah21.01.2009
Praviny Muniapan Jan 20th, 1:03pm kepada tuan/puan saya praviny muniapan, seorang pegawai penyelidik di MMU Melaka. kami memerlukan pertolongan pihak tuan bagi memberi kami bahan bahan selidik untuk Bahasa Melayu, seperti korpus Bahasa Melayu. Kami tidak tahu dimana hendak menghantar utusan ini jadi telah menghantarnya melalui Facebook. kami ingin membuat satu temujanji dengan pihak tuan bagi tujuan ini pada hari selasa minggu depan. sekian praviny muniapan 0183519495Laman web DBP menyediakan domain khusus kepada penyelidik untuk membuat kajian tentang korpus. Sila layari laman web kami, dan klik domain "e-penyelidikan".Lain-lain20.01.2015
Ajah Ismail Nov 21st, 3:44pm Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya baru saja membuka kedai lot buku agama di Pulau Pinang. Saya ingin menjual/memasarkan buku2 keluaran syarikat dewan bahasa dan pustaka. Bagaimanakah cara pengurusannya? Melalui consignment, persen atau bagaimana. Saya ingin berurusan secara serius dalam hal ini. Mohon tuan/puan jelaskan. Jika boleh sy akan berjumpa wakil tuan/puan untuk penerangan dan urusan lanjut. Temujanji pada hari Isnin pukul 11 pagi di lokasi dewan bahasa dan pustaka. Mohon confermkan. Terima kasih.Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain21.11.2015
Assalamualaikum Tuan, Mint jasa baik tuan untuk mengedit ayat dibawah ini supaya susunan ayat betul: Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Kami dari syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan cara melindungi Data Center dan Data-data yang sangat kritikal dari ancaman EMP serta lain-lain perlindungan seperti yang terdapat dalam kertas cadangan yang dilampirkan di dalam attachment file , sila rujuk dalam file tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengaturkan satu temu janji bagi kami memperjelaskan dengan lebih detail tentang cadangan ini Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan sila tuan/ puan hubungi kami di talian untuk tarikh temujanji : 60 14 228 3352 atau e-mail : hasbi@hby-cakradonya.com Sekian , Terima kasihWaalaikumsalam.
Ayat yang telah diedit ialah:
Salam Sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Kami dari Syarikat HBY Cakradonya , amat berbesar hati ingin mencadangkan kepada pihak tuan-tuan dan puan-puan cara-cara untuk melindungi pusat data dan data-data lain yang sangat kritikal dari ancaman EMP. Kami juga menyediakan perlindungan lain seperti yang terdapat dalam kertas cadangan dalam fail lampiran. Ssila rujuk dalam lampiran fail tersebut. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan-tuan dan puan-puan dapat mengadakan satu janji temu dengan kami supaya kami dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang cadangan ini.  Jika memerlukan sebarang maklumat tambahan, sila hubungi kami di talian 60 14 228 3352 atau e-mel hasbi@hby-cakradonya.com untuk tarikh janji temu. Sekian , terima kasih.
Tatabahasa17.05.2015

Kembali ke atas