Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg mengerjakan sesuatu; pekerja; kakitangan: Wanita ialah ~ manusia yg belum dihargai sepenuh­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk "high value workforce" dan "staff engagement programme".

Tidak data mengenai dua istilah yang dikemukakan. Namun, DBP mencadangkan istilah “High Value Workforce” sebagai “Tenaga Kerja Bernilai Tinggi”. Bagi istilah “Staff Engagement Programme” boleh dicadangkan “Program Pengambilan Pekerja” atau “Program Pelibatan Staf”. Sukacita kami mencadangkan agar sekiranya konteks “engagement” yang dimaksudkan ialah program untuk melibatkan pekerja, namakan program tersebut dengan nama khas da menerapkan matlamat program dengan konteks makna – pelibatan pekerja.

Istilah20.02.2014
mengapakah pihak dbp mengambil masa yg lama untuk menjawab soalan saya. padahal soalan ini ialah soalan yang dikeluarkan untuk dijawab oleh pelajar tingkatan 3 dalam masa 1 jam sahaja. soalan ini saya anggap soalan yang mudah bagi pihak dbp. pihak dbp mempunyai tenaga kerja yang ramai dan berpengalaman dalam bidang bahasa. tidak mungkin soalan untuk pelajar sekolah menengah ini tidak mampu dijawab dalam masa yang singkat. saya telah menghantar soalan ini pada bulan ogos dan sehingga kini masih tidak menerima jawapan. mungkin pihak dbp langsung tidak mengkaji tentang soalan saya ini, tetapi hanya menghantar emel yang mengatakan soalan belum berjwb. perlukah dbp menyediakan kertas kerja atau thesis untuk menjwb soalan ini? saya masih menunggu jawapan dari pihak dbp dengan sabar. saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.Ayat ' kami akan bersihkan kawasan belukar' sepatutnya ditulis 'kami akan membersihkan kawasan belukar' kerana ayat ini merupakan ayat aktif. Ayat 'akan kami bersihkan kawasan belukar' ialah ayat pasif seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 469-470 .Tatabahasa14.09.2007
1. Apakah penjodoh bilangan untuk borang penyertaan? (keping atau helai) 2. menjana tenaga elektrik atau menjanakan tenaga elektrik? mana yang betul. minta pencerahan, terima kasih encik/puan.Jawapan soalan 1: helai atau keping boleh diterima untuk dokumen bercetak, termasuk borang.


Jawapan soalan 2:

Frasa "menjana tenaga elektrik" adalah lebih gramatis. Bagaimanapun menjanakan tenaga elektrik tidak menjadi satu kesalahan.

Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang terakam pada halaman 866 daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

 

menjana منجان 

kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

 

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana.
Tatabahasa27.07.2025
ISTILAH MELAYU UNTUK PERKATAAN: 1. COMMUNITY ENGAGEMENT 2. REINFORCES DORMINANT CULTURE NORMS 3. AFFIRMS YPUTH WORKER POWER

Untuk makluman istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. community engagement - keterlibatan masyarakat

2. reinforces dominant culture norms - memperkukuh norma kebudayaan dominan

3. affirms youth work power - menegaskan/menyatakan/mengesahkan tenaga kerja belia (terdapat beberapa padanan untuk affirm, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan) 

Istilah22.04.2011
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMATSoalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx

Lain-lain07.10.2016
Saya ingin memohonan permohonan papan tanda iklan dan permohonan saya ditolak disebabkan ayat "Connect Resources Group" . Arahan DBP untuk terjemah teks bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu atau buat dwibahasa (Melayu dan Inggeris) kecuali nama yang telah didaftarkan. Adakah terjemahan "Connect Resources Group" dalam bahasa Melayu adalah "Kumpulan Sumber Daya Sambungan." Mohon pihak tuan berikan bantuan. Terima kasihUntuk makluman, sekiranya "Connect Resources Group" merupakan nama yang sudah berdaftar dengan SSM, frasa tersebut tidak perlu diterjemahkan. Maklumkan nombor pendaftaran SSM pada ruangan Makluman tentang Iklan dbpsahbahasa.my. Sekiranya frasa ini merupakan kata nama am bahasa Inggeris, masukkan padanan bahasa Melayu yang sesuai, seperti Menghubungkan Sumber Tenaga Kerja.Lain-lain02.09.2024
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana منجان 
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021
sesuai atau tidak sekiranya saya menggunakan perkataan 'pembakaran kerja' untuk ayat seperti yang diterjemahkan dari perkataan inggeris iaitu BURNOUT. Perkataan pembakaran kerja ianya melibatkan produktiviti kerja yang menurun, masalah kerja dari segi ketidakhadirin dan tekanan perasaan yang negatif. BURNOUT ini sering kali dikaitkan dalam bidang perubatan. Selain itu BURNOUT ini juga mempunyai tiga perkara asas iaitu keletihan emosi, dipersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi yang mana ketiga-tiga aspek ini terhasil daripada masalah tekanan kerja, Adakah terdapat istilah lain bagi menggantikan penggunaan 'pembakaran kerja' untuk istilah BURNOUT.Belum ada padanan bagi perkataan burnout, perkataan yang paling hampir bagi menerangkan konsep burnout dalam konteks yang tersebut ialah kehabisan tenaga.  Penyemakan dan penterjemahan10.05.2015
Saya nak semak guna ayat berikut: 1. MATIKAN PLUG SEBELUM PULANG 2. SUHU PENDINGIN UDARA YANG OPTIMA 3. JOM JIMAT ELEKTRIK 4. TOLONG MATIKAN SUIS SEBELUM KELUAR 5. MATIKAN MONITOR KOMPUTER SEBELUM PULANG 6. TAHUKAH ANDA? JANGKA HAYAT LAMPU LED LEBIH 2 KALI GANDA LEBIH LAMA 7. TAHUKAN ANDA? KOS TENAGA ELEKTRIK LAMPU KALIMANTAN IALAH RM10 SEBULAN 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA Tq1. Pastikan Plag Dicabut Sebelum Pulang.
2. Gunakan Suhu Penyaman Udara yang Optimum.
3. Tolong Tutupkan Suis Sebelum Keluar.
4. Tutupkan Monitor Komputer Sebelum Pulang.
5. Tahukah Anda? Jangka Hayat Lampu Led 2 Kali Ganda Lebih Lama Berbanding lampu biasa.
6. Tahukah Anda? Kos Tenaga Elektrik Lampu Kalimantan 4' ialah Rm10 Sebulan.
7. Betulkan Tahukan Anda? kepada Tahukah Anda?
8. Tolong Tutupkan Pemanas Air Sebelum Pulang.
9. Jimat Tenaga Pket Selamat.
Lain-lain03.10.2016
tenaga boleh diperbaharu atau diperbaharuiIstilah yang betul ialah “tenaga boleh diperbaharui” berdasarkan Glosari Sains untuk sekolah (https://prpm.dbp.gov.my/). Walau bagaimanapun, apitan diper- ... -i dan memper- ...-i sebenarnya tidak begitu produktif. Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak begitu banyak. Apitan diper- ... -i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. [Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 217].Istilah08.03.2025
1234

Kembali ke atas