Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tén.der] | تيندر

Definisi : (ténder) IB gerabak kereta api (utk membawa minyak, air, arang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tén.der] | تيندر

Definisi : (ténder) tawaran utk membuat sesuatu pekerjaan atau membekalkan barang dgn menyatakan sekali harga atau bayaran yg dikehendaki: syarikat kerjasama kilang kertas dan baja Malaya telah pun mengeluarkan ~ utk membuat kilang itu;menender membuat tender: kementerian telah ~ kerja membekalkan perabot pejabat kpd beberapa firma;penenderan perihal (proses, usaha atau tindakan) menender;penender orang (pihak dsb) yg membuat atau memberi tender;petender orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tén.der] | تيندر

Definisi : /ténder/ tawaran utk mem­buat sesuatu pekerjaan atau utk mem­bekalkan barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tender


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami bercadang untuk menamakan bilik di pejabat. mohon pengesahan penggunaan bahasa yang betul sama ada: 1) Bilik Serahan Tender atau 2) Bilik Penyerahan TenderBilik Penyerahan Tender betul. Tetapi cadangan kami yang lebih tepat ialah Bilik Serah Tender.Tatabahasa11.12.2008
Salam. 1. Manakah ayat salah dan apakah rumusnya? a. ...boleh berhubung dengan saya di talian 0179040418 b. ...boleh berhubung dengan saya atas talian 0179040418 2. Manakah kedua-dua tajuk surat di bawah betul dan apakah rumusnya? a. URUSAN MEMBUKA TENDER KEBERSIHAN... b. PENGURUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN.. c. URUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN... Mesej yang dikehendaki adalah memaklumkan urusan membuka peti tender yang akan berlangsung.1. Ayat yang gramatis ialah ... berhubung dengan saya melalui talian ..., kata sendi nama di diikuti dengan tempat seperti di Kuala Lumpur dan kata atas menunjukkan keterangan tempat seperti atas meja.
2. Urusan Membuka Tender Kebersihan merujuk urusan perbuatan membuka tender, manakala Urusan Pembukaan Tender Kebersihan merujuk urusan proses atau peri hal perbuatan tersebut. Lazimnya dalam penamaan frasa dalam bentuk kata nama yang sering digunakan seperti Pembukaan Tender Kebersihan.
Tatabahasa06.11.2012
saya ingin merujuk kepada penggunaan perkataan penender. Adakah perkataan ini bermaksud syarikat(orang) yang menyertai sesuatu tender atau bermaksud sykt(org) yang mengeluarkan/menawarkan tenderPenender ialah penender orang (pihak dan sebagainya) yang membuat atau memberi tender; manakala petender ialah orang (syarikat dan sebagainya) yang mendapat tender.Tatabahasa04.05.2010
Dalam dokumen tender, perkataan pepasangan kerap digunakan. Betulkah penggunaan perkataan tersebut?Tiada perkataan perpasangan dalam rujukan kami. Untuk mengetahui imbuhan yang betul bagi sesatu perkataan sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa20.11.2008
penender, petenderpenender-orang yang menawarkan tender petender-orang yang mendapat tenderMakna23.12.2008
untuk terjemahan ke bahasa melayu bagi tender berikut untuk diiklan dalam surat khabar utusan malaysia "tender for the provision of fibre optic cabling works via schedule of rate for telekom malaysia berhad"

Kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Sila cadangkan bahasa Melayunya dan kami akan betulkan tatabahasanya.

Lain-lain13.11.2008
Apakakah ada perbezaan makna diantara 'penender' dan 'petender'?Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.Makna26.06.2007
Manakah satu perkataan yang sesuai digunakan untuk mengambar individu tersebut adalah orang yang diterima untuk melaksanakan kerja tender??Penender atau PetenderPenender ialah orang atau pihak yang membuat atau memberi tender.Makna18.02.2008
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih1) Tandatangan Pentender / Penender
Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.

2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga  
Tandatangan Penyebut harga

3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.

4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa27.03.2013
tuan, saya ingin bertanya apakah perbezaan maksud penender dan petender. Sekian, terima kasih.Penender ialah orang (atau pihak) yang membuat atau memberi tender, manakala petender ialah orang (atau syarikat) yang mendapat tender.Makna27.03.2012
12

Kembali ke atas