kata majmuk tengah hari dieja terpisah untuk "waktu tengah hari". Bagaimana penulisan tengah hari untuk "pukul 12.00 tengah hari" Adakah dieja terpisah (tengah hari) atau 1 perkataan (tengahari) | Tengah hari dieja terpisah. Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah '12.00 tengah hari' dan 'waktu tengah hari'. | Ejaan | 20.10.2011 |
Apakah ejaan yang betul? 12.00 tengahari; atau 12.00 tengah hari. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah tengah hari. Tengah hari dieja terpisah. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
dalam Kamus Dewan dinyatakan masa tengah hari bemula jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00. Saya rasa janggal kalau jam 2.00 dinyatakan sebagai 2.00 tengah hari. Saya rasa jam 1.00 tengah hari adalah betul tetapi jam 2.00 ialah 2.00 petang | Untuk makluman tuan, waktu tengah hari bermula pada pukul 12.00 hingga 1.59, mulai pukul 2.00 ghingga 6.59 kita nyatakan sebagai waktu petang. | Lain-lain | 08.04.2013 |
A. saya ingin bertanya tentang kesesuain penggunaan nama singkatan bagi masa-masa berikut: ( contoh tengah malam=tghmlm/tmlm) 1. Pagi 2. Petang 3. Malam 4. Tengah Malam 5. Tengah Hari B. penggunaan huruf besar ( utk nama penuh & singkatan) misalanya: 1. Tengah Hari / Tengah hari 2. Tengah Hari = TgHari/THari | 1. Pg. 2. Ptg. 3. Mlm. 4. Tgh Mlm. 5. Tgh. | Ejaan | 28.01.2015 |
mohon senggang waktu bagi setiap ucapan di bawah. selamat tengah hari selamat petang selamat malam *adakah tempoh tengah hari dari jam 12 hingga 12.59?? | Encik Ahmad Sabri, Ucapan selamat tengah hari diucapkan pada masa 12.00 hingga 1.59 tengah hari Ucapan selamat petang bermula daripada pukul 2.00 petang hingg 6.59 petang dan selamat malam bermula daripada pukul 7.00 hingga 1.59 malam | Lain-lain | 04.10.2010 |
salam sejahtera tuan, saya keliru dengan penggunaan tengah hari dan petang untuk jam 1. Mana satu yang tepat : 1 tengah hari atau 1 petang. terima kasih | Pukul 12.00 - 1.59 ialah waktu tengah hari, oleh itu jawaban yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari. | Tatabahasa | 25.07.2009 |
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih. | Saudara, Menurut maklumat yang dikemukakan bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi". Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah. | Tatabahasa | 28.11.2010 |
Salam sejahtera, Persoalan. "Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari" ATAU "Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengah hari" Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 tengah hari. | Tatabahasa | 28.06.2012 |
tengah hari adalah dari pukul berapa sampai pukul berapa? sebahagian daripada buku atau sebahagian buku ? Ketua-ketua Menteri atau Ketua-Ketua Menteri? Yang Dipertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong? | 1. waktu tengah hari dari pukul 12.00 - 1.59 tengah hari. 2. sebahagian buku 3. Ketua-ketua Menteri 4.Yang di-Pertuan Agong. | Lain-lain | 14.01.2007 |
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ? | 1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 30.11.2009 |