Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan. | Sdr Azmanizan, Frasa yang betul ialah jawapan no.(2) 1. Kapal itu tenggelam dalam lautan. 2. Kapal itu tenggelam di lautan. (Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah terbenam ke dalam laut tersebut atau karam. Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti yang berikut: (a) Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. (b) Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Saya ingin bertanya, ayat yang manakah betul? Benda yang manakah tenggelam di dalam air? atau Benda yang manakah tenggelam dalam air? Jika ayat dalam air adalah betul atau sebaliknya, boleh tak tolong nyatakan sebabnya sekali? Terima kasih. | Ayat yang betul ilah "benda apakah yang tenggelam di dalam air?". Perkataan "mana" merujuk pada pertanyaan lokasi atau tempat manakala "apa" merujuk kepada pertanyaan untuk benda. | Tatabahasa | 15.12.2015 |
Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan? | Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih. | Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul. | Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. | Tatabahasa | 09.12.2008 |
Salam, mohon bantuan cadangan terjemahan perkataan "dip" dalam ayat berikut. We slam on the brakes and measure how far the hood dips. Apakah kata adjektif sesuai? Tenggelam, terbenam, melendut? Atau mungkin ada kata adjektif lebih tepat? Terima kasih. | Lihat pada konteks penggunaan, khususnya konteks, fizikal dan maksud sebenar perkataan hood, jika penggunaannya di air, maka adjektifnya mungking tenggelam atau terbenam dan jika ia membengkok ke bawah maka sifatnya melendut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.09.2014 |
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat. | Sdr, Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus. | Istilah | 30.03.2009 |
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam | 1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif 2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif 3) bedilan meriam - kata nama 4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif 5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif 6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap 6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja 7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Mohon bantuan untuk penterjemahan tepat bagi ayat di bawah. Saya sentiasa ada masalah untuk menterjemahkan 'overwhelm' dalam konteks yang tepat. "She was overwhelmed." | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, overwhelm mempunyai beberapa maksud, iaitu 1. mengalahkan: 2. tenggelam; begitu, sangat, amat, sungguh terharu 3. menenggelami. Berdasarkan ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan untuk overwhelmed ialah sungguh terharu. | Makna | 19.07.2013 |
teresak-esak, tersedu-sedu, tersedan-sedan. saya menghadapi masalah untuk memilih jawapan yang betul dalam soalan objektif yang memiliki pilihan tersebut. bagaimanakah penggunaan istilah tersebut? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tersedan-sedan bermaksud menangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, teresak-esak. Oleh itu, teresak-esak, tersedu-sedu dan tersedan-sedan adalah sama maksudnya dan boleh digunakan bertukar ganti. | Makna | 19.09.2012 |