Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

Sdr Azmanizan,

Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

1. Kapal itu tenggelam dalam lautan.

 2. Kapal itu tenggelam di lautan. 

(Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti  yang berikut:

  (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. 

  (b)   Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu.

Tatabahasa06.04.2009
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih.Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta.Tatabahasa27.02.2014
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif
2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif
3) bedilan meriam - kata nama
4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif
5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif
6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap
6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja
7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja.
Tatabahasa27.03.2012
Mohon bantuan untuk penterjemahan tepat bagi ayat di bawah. Saya sentiasa ada masalah untuk menterjemahkan 'overwhelm' dalam konteks yang tepat. "She was overwhelmed."Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, overwhelm mempunyai beberapa maksud, iaitu 1.  mengalahkan: 2.  tenggelam; begitu, sangat, amat, sungguh terharu 3.  menenggelami. Berdasarkan ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan untuk overwhelmed ialah sungguh terharu.Makna19.07.2013
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat

Saudara,

Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan  mengenal pasti ayat  dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. 

Lain-lain17.10.2010
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air CurtainCadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut:

1variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF)
2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX)
3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_
4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat
5. water cooled system - sistem penyejukan air
6. booster pump - pam penggalak
7. roller shutter - penutup gendela gulung        
8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran
9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran
10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam

Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah23.04.2024

Kembali ke atas