Salam sejahtera. Panggilan "TENGKU" yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai "Tengku" atau "tengku"? --- Contoh ayat yang mana yang betul? "Terima kasih, tengku." / "Terima kasih, Tengku." | Gelaran Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu utntuk anak raja atau untuk orang-orang yang berketurunan raja. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang betul ialah “Terima kasih Tengku” | Lain-lain | 06.06.2020 |
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. | 1. "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin. 4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
rujukan bagi yang berikut, yang manakah TEPAT penggunaannya? bergelar datuk, mempunyai kelulusan doktor falsafah, mempunyai gelaran warisan tengku, telah menunaikan ibadah haji. datuk dr. haji tengku ali @ datuk dr. tengku hj. ali? | Yang betul ialah Datuk Dr. Haji Tengku Ali. | Lain-lain | 29.10.2009 |
Ayat yang bersesuaian bagi latar pentas berikut? MAJLIS PERASMIAN PADDOCK KUDA BERBUMBUNG DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR OLEH YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Mohon kataganti yang bersesuaian bagi perkataan paddock. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "paddock" ialah padok. | Istilah | 19.10.2016 |
Mohon panduan sama ada penggunaan perkataan 'yang' dihadapan ayat betul atau tidak: "Yang turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri...." | Penggunaan perkataan "yang" di hadapan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 17.11.2014 |
mohon pengesahan atur cara ini: 9.00pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.15pagi Ketibaan tetamu kehormat 9.20pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan Adakah sesuai penggunaan Tetamu Kehormat untuk ditujukan kepada kehadiran Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir? Atau Adakah tetamu kehormat adalah dirujuk kepada tetamu utama iaitu Menteri? Sekiranya tetamu kehormat dirujuk untuk tetamu utama majlis, apakah terma atau perkataan ganti yang bersesuaian/ | 1. Dicadangkan atur acara seperti ini: 9.00 pagi: Para jemputan mengambil tempat 9.15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat 9.20 pagi: Ketibaan YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan 2. Kehormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Jika dilihat daripada maksud tersebut, bermakna penggunaan Tetamu Kehormat boleh digunakan kepada Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir dalam majlis tersebut dan bukannya hanya merujuk kepada Menteri sahaja.
| Lain-lain | 03.08.2015 |
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | 1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Apakah terjemahan bagi "computer-aided design"? Terima kasih | YM Tengku, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah reka bentuk dibantu komputer. YM Tengku boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu YM Tengku mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 24.07.2009 |
Seseorang yang namanya bermula dengan gelaran warisan seperti Raja, Tengku, Tunku, dan sebagainya biasanya kita memanggil mereka dengan panggilan hormat sebagai 'Yang Mulia' (YM) dan bukannya encik. Tetapi dalam bahasa Inggeris, apakah gelaran yang perlu kita gunakan dalam konteks Malaysia? Adakah "Mr. Tengku Nazri" atau masih "YM Tengku Nazri"? | Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menangani permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Inggeris adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun sedikit maklumat yang dapat kami berikan, jika budaya berbahasa Melayu ingin dikekalkan dalam teks bahasa Inggeris, maka penggunaan YM Tengku Nazir boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Ejaan YM Tengku | Ejaan yang betul ialah YM Tengku. | Ejaan | 02.11.2010 |