KAMI AKAN ADAKAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN DENGAN TEMA "SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA". SAYA INGIN MEMOHON PANDANGAN DARI PIHAK DBP PENGGUNAAN TEMA TERSEBUT. SEKIAN, TERIMA KASIH | Penggunaan perkataan SIAGA TENGKUJUH, PEDULI CUACA tidak tepat. Penggunaan yang paling tepat ialah SIAGA MENGHADAPI TENGKUJUH, PEDULI AKAN CUACA. | Lain-lain | 14.09.2018 |
( Seluruh , Segala ) penduduk kampung diminta bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh. Apakah jawapan yang betul ? Boleh berikan sebabnya. Terima kasih. | Seluruh penduduk kampung diminta bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh. Kata 'segala' agak kurang sesuai digabungkan dengan kata 'penduduk' walaupun membawa maksud yang sama. | Lain-lain | 02.10.2009 |
Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh. | Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Tuan, minta bina ayat dengan kata sendi nama "kepada" dan sasaran mujarad. Contohnya, kepada bahaya dadah. Dalam frasa "kepada bahaya dadah", frasa nama "bahaya dadah" merupakan sasaran mujarad yang mengikut kata sendi nama "kepada". Saya meminta tuan membina lebih banyak ayat lagi dengan penggunaan kata sendi nama "kepada" untuk sasaran mujarad, dengan syarat tidak berdasarkan ayat contoh Tatabahasa Dewan. | Ayat contoh yang menggunakan kata sendi nama kepada untuk merujuk unsur mujarad ialah Semasa musim tengkujuh, penduduk di Kelantan sentiasa diingatkan kepada bencana banjir. | Tatabahasa | 29.01.2015 |