Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih. | Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum | Tatabahasa | 30.06.2008 |
Salam. Adakah makna perkataan BM "tentatif" dan BI "tentative" sama? adakah "tentatif" digunakan sebagai kata nama atau kata sifat? Jika ianya berbentuk kata sifat, adakah penggunaan 'tentatif' berikut betul - jadual tentatif? Terima kasih. | Padanan tentative dalam bahasa Melayu ialah tentatif yang bermaksud sementara. Melihat kepada makna sementara jelas menunjukkan fungsinya sebagai adjektif. Oleh itu, frasa 'jadual tentatif' adalah betul. | Tatabahasa | 25.03.2011 |
Kita kerap melihat ramai pihak yang menggunakan perkataan 'tentatif' dalam buku atur cara majlis. Adakah penggunaan perkataan 'tentatif' itu tepat ? | Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis. | Makna | 08.12.2009 |
Tentatif Program | Program Tentatif | Lain-lain | 28.08.2008 |
ejaan sebenar tentatif | Ejaannya ialah tentatif. | Ejaan | 08.07.2008 |
saya ingin bertanya, apakah beza di antara 'aturcara' dan 'tentatif' dan yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk diletakkan di dalam risalah majlis. | Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis. | Tatabahasa | 07.11.2013 |