Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : a ~ smile, senyum sumbing. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj indefinite, sementaraan: the offer was only ~, and has to be confirmed, tawaran itu hanya sementaraan dan mesti disahkan; this is only a ~ arrangement, ini hanyalah persediaan sementaraan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tentative


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah makna perkataan BM "tentatif" dan BI "tentative" sama? adakah "tentatif" digunakan sebagai kata nama atau kata sifat? Jika ianya berbentuk kata sifat, adakah penggunaan 'tentatif' berikut betul - jadual tentatif? Terima kasih.Padanan tentative dalam bahasa Melayu ialah tentatif yang bermaksud sementara. Melihat kepada makna sementara jelas menunjukkan fungsinya sebagai adjektif. Oleh itu, frasa 'jadual tentatif' adalah betul.Tatabahasa25.03.2011
Dak Apis Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang perkataan "tentatif" yang diambil dari perkataan bahasa inggeris "tentantive" yang bermaksud "sementara".. Kebanyakan penjawat awam menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tentatif = jadual sementara.. Sebagai contoh ayat yang mereka sering guna, "Saya mahu lihat tentatif program tersebut" yang membawa maksud "Saya mahu lihat sementara program tersebut".. Penggunaan perkataan dengan membentuk ayat yang tidak membawa maksud apa-apa.. Apa salahnya dengan menggunakan perkataan "deraf jadual".. Saya melihat penggunaan perkataan ini semakin berleluasa dikalangan penjawat awam.. Saya memohon pencerahan dari pihak DBP.. Terima kasih..Assalamualaikum En. Dak Apis. Ayat yang betul ialah “saya mahu melihat jadual sementara / program tentatif tersebut”. Tentatif program merupakan terjemahan literal untuk “tentative programme” dalam bahasa Inggeris. Draf bermaksud (nota tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih. Oleh itu, draf jadual tidak sama dengan program tentatif.Penyemakan dan penterjemahan15.07.2017

Kembali ke atas