'Sekiranya kita berjimat cermat, tentu kita dapat berpindah ke rumah besar semula.' Adakah 'tentu' harus diletakkan di depan 'dapat', yakni 'kita tentu dapat...'? | Kedua-dua frasa "tentu kita dapat" dan "kita tentu dapat" betul. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Selamat petang, En. Sulaiman, Saya ingin tanya tentang perbezaan antara perkataan 'tentu' dengan 'pasti'. Dalam konteks apa kita gunakan 'tentu' dan 'pasti'. Jawapan daripada En. Sulaiman amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan perkataan tentu dan pasti mempunyai makna yang sama, iaitu tidak boleh tidak. | Makna | 02.01.2013 |
saya ingin mendapat maklumat mengenai sistem waktu yang tepat dalam BM. Contohnya Pukul 2.30 pagi. Apakah pengkelasan kata bagi perkataan yan terlibat.? Adakah kata bilangan? apakah jenisnya? tentu atau tak tentu? adakah kategori lain bagi kata Bilangan BM? kalau kata bilangan PERTAMA, KEDUA, KETIGA... apakah jenis kata bilangan ini dalam BM? sekian terima kasih | Saudara, Perkataan pukul dan pagi ialah kata nama bukan kata bilangan. Kata bilangan 'pertama, kedua, ketiga ...' ialah kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya dan disebut bilangan kardinal. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah? | Frasa yang betul ialah paip getah. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Interaksi sosial tentu sukar "berlaku" jika anggota masyarakat yang "terdiri" daripada pelbagai kaum dan bahasa tidak saling memahami bahasa masing-masing. adakah terdiri merupakan kata kerja? berlaku dan terdiri merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan berlaku dan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa | Encik Paul, Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87): kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara. Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. | Tatabahasa | 28.02.2009 |
Salam, kata bilangan 'berbagai-bagai' termasuk dalam kata bilangan tak tentu atau kata bilangan himpunan? Sekian, terima kasih. | Perkataan berbagai-bagai tergolong dalam kata bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja. | a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? | Tatabahasa | 01.12.2011 |
Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya | i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Lain-lain | 08.08.2011 |
saya maha siswa YIU ingin bertanya,apa nama ganti nama tak tentu serta contoh | Kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara. | Lain-lain | 30.07.2010 |