Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tentukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya.Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan.Lain-lain26.05.2018
Tentukan kata berikut kata nama khas tunggal atau kata nama khas majmuk. 1) Ali Bin Abu 2) Tan Sri Ali Bin AbuUntuk makluman, kata nama khas cuma terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Contohnya, Ahmad (kata nama khas hidup manusia, Tompok (kata nama khas hidup bukan manusia) dan Kuala Lumpur (kata nama khas tak hidup).Tatabahasa04.04.2018
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Mohon tentukan SUBJEK bagi setiap ayat berikut. 1. Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu. Pegawai khas ? Pegawai khas telah dilantik ? 2. Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat. Penjenayah? Penjenayah telah ditahan? Terima kasih1. Subjek dalam ayat “Pegawai khas telah dilantik untuk menyiasat kes pecah amanah di syarikat itu” ialah “Pegawai khas”.
2. Subjek dalam ayat “Penjenayah telah ditahan untuk disoal siasat” ialah “Penjenayah”.
Tatabahasa03.09.2020
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ?1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Tatabahasa12.11.2015
Bagaimana tentukan penggunaan perkataan “ketepikan” dan “diketepikan”?Contoh dalam resipi: Gorengkan kentang sehingga warna keemasan. Angkat dan ketepikan/diketepikan.
Perkataan yang betul ialah "ketepikan"
Tatabahasa09.09.2015
Cikgu, tolong tentukan ejaan kata yang betul untuk saya. (1) Acheh / Aceh, (2) Srivijaya / Sriwijaya, (3) Teluk Chempedak / Teluk Cempedak.Mengikut data DBP, ejaan yang diguna pakai ialah Aceh dan Sriwijaya, manakala bagi ejaan nama Teluk Chempedak atau Teluk Cempedak sila rujuk pihak berkuasa tempatan di tempat yang berkenaan.  Ejaan09.01.2015
Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/ puan untuk tentukan yang mana satukah betul: semangat patriotisme atau semangat patriotik? Sekian, terima kasih.

Jawapan yang betul ialah “semangat patriotik”.

Mengikut Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1632, “patriotik” membawa maksud bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Manakala, “patriotisme” ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air dan rela mengorbankan diri untuk mempertahankannya.

Oleh itu, jawapan yang betul ialah “semangat patriotik” kerana penggunaan perkataan “semangat” di hadapan kata “patriotisme” adalah lewah.

Lain-lain12.09.2025
Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/ puan untuk tentukan yang mana satukah betul. 1) sejak kebelakangan ini, 2) belakangan ini, 3) kebelakangan ini, 4) sejak belakangan ini, Sekian, terima kasih

Frasa “Sejak kebelakangan ini”, “Belakangan ini”, “Kebelakangan ini” dan “Sejak belakangan ini” betul dan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat. Frasa tersebut tidak semestinya diawali dengan perkataan “sejak”. “Sejak kebelakangan ini”, “Belakangan ini”, “Kebelakangan ini” dan “Sejak belakangan ini” bermaksud waktu atau tempoh sebelum ini hingga kini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 243.

Tatabahasa09.09.2025
Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan/ puan untuk tentukan yang mana satukah betul. 1. antara 18 hingga 45 tahun 2. antara 18 dengan 45 tahun Sekian, terima kasih

Ayat yang betul ialah ... antara 18 hingga 45 tahun.

Tatabahasa14.08.2025
123

Kembali ke atas