Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nu.nan] | تنونن

Definisi : 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nu.nan] | تنونن

Definisi : 1 kain dsb yg ditenun: kain ~ Jawa. 2 hasil menenun; cara menenun: kain yg halus ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenun
Kata Terbitan : bertenun, menenun, tenunan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah mana yang betul ? 1. Industri tenunan Pahang atau industri tenun Pahang 2. Tenun Pahang Diraja atau Tenunan Pahang Diraja 3. Kain tenunan Pahang atau kain tenun Pahang

Sebagai kata nama khas, (1)Industri tenunan Pahang(2) Industri Tenun Pahang(3) Kain tenunan Pahang(4) kain tenun Pahang betul dan (5) Tenunan Pahang Diraja boleh digunakan.

Istilah13.08.2014
1) Tenunan melayu seperti songket mempunyai unsur keindahan tersendiri.Dengan beberapa contoh kain tenun songket,bincangkan keindahan rupa bentuk fizikalnya dan juga falsafah motif pada kain tersebut. 2)Nyatakan sejarah,fungsi gunaan,falsafah, dan estetika yang terdapat dalam pesta ka'amatan di Sabah.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Soalan saudara memerlukan penyelidikan dan kajian mendalam. Oleh itu, sila rujuk perpusatakan dan lihat makalah atau buku yang berkaitan. Lain-lain30.08.2009
Terengganu merupakan negeri yang termasyhur sekali dalam bidang tenunan songket di Malaysia. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat tersebut?Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Tatabahasa23.07.2013
Maaf. saya ingin bertanya tentang perkataan lembut di dalam ayat di bawah. Adakah betul penggunaannya? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih. Tenunan kain pua yang dijual oleh Puan Lindai itu sungguh lembut.
Perkataan lembut bermaksud tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak. Berdasarkan makna, perkataan lembut boleh digunakan. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lembut . 
Tatabahasa13.06.2020

Kembali ke atas