| Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan? | Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Makna | 26.02.2014 |
| adakah peperiksaan awam malaysia harus di mansuhkan supaya di ganti dengan assignment atau sebagai nya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti kerana peperiksaan awam sahaja tidak dapat melahirkan pelajar yang lebih bagus.dengan adanya kerja sebegini,mereka lebih memahami secara langsung daripada teori | Terima kasih kerana menggunakan khidmat KNDBP. Saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau pusat dokumentasi melayu di DBP untuk membuat analisis bagi perkara ini. Pihak kami tidak membantu individu/kumpulan dalam penyediaan tesis/laporan. | Lain-lain | 03.05.2008 |