| Apakah beza tepung beras dengan serbuk beras putih? | Tepung beras ialah tepung yang diperbuat daripada beras dan lazimnya beras biasa (bukan beras perang), serbuk beras ialah benda yang berbutir-butir dan halus juga disebut tepung. Ini bermakna tepung beras dengan serbuk beras sama sahaja yang membezakannya ialah jenis beras. | Makna | 19.11.2014 |
| bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
| Apakah terjemahan bagi 'diastatic rice flour' dalam Bahasa Malaysia? Tidak ada istilah Bahasa Malaysia untuk 'diastatic'. Bolehkah ia diterjemah sebagai Tepung Beras 'Diastatic'. | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tepung beras diastatik. | Istilah | 27.10.2016 |
| antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ? | Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa). Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.
| Lain-lain | 27.08.2015 |
| bihun atau mihun?Perkataan manakah yang betul? | Ejaan yang betul ialah mihun, iaitu sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras). Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 16.05.2020 |
| Putu mayam atau putu mayang yang betul? | “Putu mayam” atau “putu mayang” kedua-duanya merujuk pada kuih yang sama, iaitu kuih yang dibuat daripada tepung beras yang menyerupai mihun, dikukus dan dimakan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan gula merah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1787. | Ejaan | 17.09.2024 |
| Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan. | Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut: Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain. | Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning. | Makna | 14.08.2017 |
| Salam sejahtera, tuan. Ejaan bihun atau mihun betul? Kedua-dua patah perkataan ini terdapat dalam https://prpm.dbp.gov.my/ Terima kasih. | kedua-dua perkataan betul dan boleh digunakan. Bihun dan mihun ialah sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras). | Ejaan | 06.03.2021 |
| salam tuan, apakah makna perkataan 'caras' dipetik daripada akhbar mingguan malaysia 8/5/12 ruangan pancaindera | Untuk makluman tidak ada perkataan "caras" dalam bahasa Melayu. Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah karas yang bermaksud 1. sejenis tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis. 2. sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, karas-karas, kekaras. | Makna | 08.04.2012 |
| Salam, Boleh tak bantu saya dalam membezakan dua perkataan berikut iaitu diperbuat dan dibuat. Adakan perkataan ini sama maksud atau ada perbezaan kerana saya telah merujuk kamus dewan tetapi tidak ada perkataan diperbuat. Biasanya saya menggunakan perkataan dibuat. Contohnya: 1. Meja itu dibuat daripada kayu. Adakah ayat ini betul: 1. Kuih koci itu diperbuat daripada tepung beras. Terima kasih. | Diperbuat dan dibuat ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif memperbuat dan membuat. Kamus hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif. Memperbuat sama makna dengan membuat, iaitu mengerjakan atau melakukan sesuatu. Kedua-dua ayat contoh yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |