Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter cantik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang betul? A) paling cantik sekali B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali E) tercantik sekali TQ

Ayat yang betul ialah B) sangat cantik sekali C) sungguh cantik sekali D) amat cantik sekali. Ayat A) paling cantik sekali dan E) tercantik sekali salah kerana imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan.  Oleh itu, kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak.  Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. 

Tatabahasa29.03.2010
amat terindah, amat tercantik dan sebagainya. tatabahasa betul?Penggunaan yang betul ialah teramat indah atau teramat cantik, ter + amat + kata adjektif.Tatabahasa10.05.2011
bagaimana hendak menentukan kata penguat yang boleh digunakan serentak? contohnya, adakah betul a. AMAT CANTIK SEKALI. b. CANTIK SEKALI. DLLCara penggunaan darjah penghabisan serentak adalah seperti yang berikut : amat cantik sekali, sungguh cantik sekali, sangat cantik sekali. Binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali sebab binaan ter-, paling dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 246.   Tatabahasa13.03.2008
Adakah penggunaan kata penguat bebas di bawah betul? A)tersungguh cantik B) teramat cantik C) tersungguh cantik

Encik Shuit,

Teramat boleh digunakan dalam  ayat, contohnya  teramat cantik, teramat tinggi. Yang  tidak betul penggunaannya ialah  ter + kata adjektif + sekali , seperti  teramat cantik sekali.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa20.12.2010
Adakah kata penguat bebas 'sangat' boleh digunakan seperti di bawah? tersangat cantik.Tersangat cantik ialah contoh penggunaan darjah penghabisan (ter + 'amat/sangat' + cantik), jika sebagai kata penguat bebas ayat tersebut menjadi sangat cantik atau cantik sangat.Tatabahasa22.12.2010
frasa penguat seperti berikut betul atau tidak : 1) amat cantik sekali 2) sungguh cantik sekali 3) sangat cantik sekali Guru di sekolah saya menyatakan bahawa keempat-empat contoh di atas adalah salah. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ribuan terima kasih kerana membantu.Kata penguat “amat”, “sangat”,sungguh”, dan “begitu” semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Ayat yang anda berikan adalah betul. Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja. Contohnya, penggunaan kata penguat yang salah dalam contoh berikut: Anita gadis tercantik sekali di dalam kelasnya. Ali pemuda paling tinggi sekali dalam pejabatnya.Tatabahasa22.06.2016
BETULKAH FRASA BERIKUT; AMAT CANTIK SEKALIFrasa "Amat Cantik Sekali" adalah betul. Salah, jika ditulis "teramat cantik sekali" kerana "ter" dan "sekali" ialah penanda darjah tertinggi - satu kelewahan.Tatabahasa28.07.2007
Terpaling cantik? Betul atau tidak?Jawapannya adalah SALAH. Penanda darjah penghabisan, iaitu ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan ayat.  Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik.Tatabahasa07.09.2014
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih.Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut.Tatabahasa30.01.2013
salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang imbuhan 'ter' yang dikatakan hanya bergabung dengan kata adjektif, contohnya 'tercantik ' tidak boleh hadir bersama-sama kata penguat paling dan sekali. Persoalannya, bagaimana dengan imbuhan 'ter' yang bergabung dengan kata nama contohnya 'ternama' dan yang bergabung dengan kata kerja contohnya 'terdesak'. Bolehkah perkataan-perkataan tersebut menerima kata penguat paling dan sekali. Sekian, terima kasih.Ada dua isu yang berbeza dalam hal ini. Pertama, awalan teR- boleh bergabung dengan kata kerja (terduduk) dan kata nama (ternama). Dan kedua ter + kata adjektif bagi mengungkapkan darjah penghabisan tidak termasuk dalam awalan teR-. Penggunaan kata adjektif yang betul ialah ter + kata adjektif (tercantik), kata adjektif + sekali (cantik sekali) dan amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat cantik sekali). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170 dan 244.Tatabahasa29.01.2013
1234

Kembali ke atas