Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter dalam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
wujudkah perkataan "terhidang"? jika perkataan tersebut wujud, apakah maksudnya?

Penggunaan imbuhan teR- dalam terhidang adalah yang memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Lazimnya, terhidang biasa digunakan kerana lebih merujuk kepada sesuatu yang tersedia. Contoh ayat: Makanan yang terhidang itu menggecarkan saya.

Tatabahasa05.07.2019
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih.Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama.Tatabahasa21.09.2012
Apakah maksud imbuhan awalan

Awalan ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar, (seperti me-, ber-, ke-, per-, ter- ). Contoh perkataan yang menerima imbuhan, misalnya ber- dalam berjalan dan ter- dalam terambil. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa03.05.2023
Salam sejahtera; Tuan; Apakah perbezaan antara "berhidang" dengan "terhidang" dari segi penggunaannya? Terima kasih.Penggunaan imbuhan teR- dalam terhidang adalah yang memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Manakala imbuhan beR- dalam berhidang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar.  Lazimnya, terhidang biasa digunakan kerana lebih merujuk kepada sesuatu yang tersedia.
Tatabahasa16.01.2013
Tuan, adakah apitan ter-...-kan dan ter-...-i dalam bahasa Melayu yang bermaksud "dapat dibuat sesuatu"? Yang saya maklumi bahawa hanya awalan ter- yang bermaksud "dapat membuat sesuatu". Pinta tilik WordPad yang terlampir oleh saya untuk mendalami kajian saya.Tuan,
Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada apitan ter-...kan atau ter-...i.  Yang ada hanya awalan ter-
Tatabahasa19.12.2016
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih.Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut.Tatabahasa30.01.2013
Salam, boleh saya tahu kata terbitan 'buka' yang mana yang lebih tepat digunakan dalam ayat berikut, dan mengapa? Dahulu, maraton hanya dibuka/ terbuka kepada kaum lelaki. terima kasihKedua-dua kata terbitan teR- dan di- boleh digunakan dalam contoh ayat tersebut. Awalan teR- dalam konteks ini membawa maksud tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Awalan di- dalam konteks ini membawa maksud memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai, menyaksikan dan sebagainya.Lain-lain26.08.2021
Apakah perbezaan antara imbuhan "di-" dan "ter-" untuk membentuk ayat pasif? Contohnya, "Pernahkah anda tertipu/ditipu oleh berita palsu yang sedang tular dalam laman sosial?" [Sumber: Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu MPSM Kelantan 2023] Mengapakah ditipu salah?Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan serta mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. 

Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama “oleh” tidak boleh digugurkan. Maka, perkataan “ditipu” salah dalam contoh ayat tersebut. 

Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 489 – 493.

Tatabahasa23.01.2024
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih.Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175.Tatabahasa23.03.2010
Salam sejahtera. Bolehkah imbuhan awalan ter digunakan pada perkataan paling.Imbuhan awalan ter atau penanda darjah penghabisan, iaitu ter, paling dan sekali tidak boleh hadir serentak dalam satu binaan ayat.  Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik.Tatabahasa28.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas