| Apakah golongan kata bagi istilah 'terdapat'? Adakah istilah ini merupakan kata terbitan? Terima kasih | Untuk makluman puan, "terdapat" ialah kata kerja terbitan dengan awalan <em>teRem>-, iaitu <em>ter-em> yang digabungkan dengan kata dasar "dapat" dan membentuk kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 13.07.2021 |
| adakah ayat berikut gramatis: 1. Buku yang tebal itu terbaca olehku. | Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan <em>ter-em> di situ memberi pengertian keupayaan. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
| Adakah ayat berikut gramatis? 1. Buku yang tebal itu terbaca olehku. | Ayat itu betul bentuk kata kerja pasif dan <em>ter-em> di situ memberi pengertian keupayaan. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
| Salam, Mohon penjelasan tentang kekeliruan penggunaan perkataan 'terpaling'. Ada 2 jawapan kontradik dalam laman DBP (pertanyaan/aduan). Jawapan pada 7/9/2014 adalah salah, manakala jawapan pada 21/7/2015 pula boleh. Terima kasih. | Penggunaan terpaling tidak boleh digunakan secara serentak kerana <em>ter-em> dan <em>palingem> tergolong dalam penanda darjah penghabisan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk <em>Tatabahasa Dewan Edisi Ketigaem> (DBP, 2008), halaman 244. | Tatabahasa | 11.03.2025 |
| 1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam | 1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. 2.Bagi perkataan <em>kerjaem> yang dieja <em>bekerjaem>, <em>rem> digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan <em>tersergamem> pula, apabila awalan<em> ter-em> bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh <em>-er-em> maka <em> rem> dalam awalan <em>ter-em> tidak gugur. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
| Cikgu Tan amat tertarik dengan/oleh tingkah laku Ali (kekeliruan tertimbul, ada munsyi kata oleh=dengar, ada pula kata tidak boleh, ) walhal, boleh atau tak boleh? | Kata sendi nama<em> olehem> digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut: (a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: <em>di-em>,<em> ter-em> dan <em>kenaem>. Contohnya: 1. Kuih itu dibeli olehnya. 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za'ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. (b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Contohnya: 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. 2. Pemain badminton itu kalah oleh kekurangan latihan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Cikgu Tan amat tertarik oleh tingkah laku Ali. Kata sendi nama <em>denganem> hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut: 1. Membawa maksud bersama-sama atau berserta Contohnya: Ayah pergi ke pekan dengan ibu. 2. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya: Kerja ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. 3. Membawa maksud memakai atau menggunakan. Contohnya: Ani melukis potret itu dengan cat air. 4. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya: Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
| Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. Assalamualaikum | Awalan<em> peN-, peR-, beR-, teR-em> dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) <em>peN- em>menjadi <em>pem-em> apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti <em>peN + bacaem> menjadi <em>pembacaem> dan <em>peN + fatwa em>menjadi<em> pemfatwa.em> (ii) Awalan <em>peN- em>menjadi<em> peN-em> apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti <em>peN + dapat em>menjadi<em> pendapatem> dan <em>peN + syarah em>menjadi<em> pensyarahem>. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161. | Tatabahasa | 12.09.2011 |
| hi assalamualaikum tuan saya seorang pelajar tingkatan3 soalan saya ialah cara menggunakan "oleh" adakah oleh mesti wujud dalam ayat pasif? imbuhan ter- membawa maksud pasif ke? | Pengunaan kata sendi nama <em>olehem><em> em>boleh digugurkan atau kekal dalam ayat pasif bergantung pada binaan ayat dan kata kerja pasif yang digunakan seperti yang berikut: 1. Ayat pasif dengan kata kerja pasif <em>di-em>, kata sendi nama <em>olehem> pada binaan <em>olehem> + FN (frasa Nama) yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat, contohnya: (a) Barang itu sudah diambil <em>olehem> Ali semalam. /Barang itu sudah diambil Ali semalam. Namun demikian, jika binaan <em>olehem> + FN terletak jauh dari kata kerja, maka <em>olehem> perlu kekal dalam ayat, contohnya: (b) Barang itu sudah diambil semalam <em>olehem> Ali. 2. Ayat pasif dengan kata kerja pasif <em>ter-em>, kata sendi nama <em>olehem> tidak boleh digugurkan. Contoh ayat: Istana raja terbina <em>olehem> rakyat dalam masa satu tahun. 3. Ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan <em>ber-em> dan <em>ke-…-anem>, kata sendi nama oleh + FN tidak diperlukan. Contohnya ayat:(a) Mereka kehujanan sepanjang hari dan (b) Baju itu berjahit dengan benang sutera. Ya, imbuhan <em>ter-em> membawa maksud pasif. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman: 489 – 493). | Tatabahasa | 29.11.2021 |
| Salam sejahtera, (1) Adakah " teramat tinggi benar " dan " teramat tinggi betul " itu salah ? (penggunaan imbuhan " ter " tdk perlu diikuti dgn kata penguat selain perkataan " terkenal " ? ) (2) Bagaimana pula dgn " sungguh hebat benar " & " sungguh hebat betul " ? Saya difahamkan yang " sungguh hebat SEKALI " itu gramatis (kata penguat bebas " sungguh ", " amat " dan " sangat " boleh menerima KATA PENGUAT KEDUA iaitu " SEKALI " ) . (3) Bagaimana pula dengan KATA PENGUAT KEDUA yang lain seperti " benar " & " betul " ? Contoh [ sungguh/amat /sangat .... benar/ betul/nian ? ] (4) Bagaimanakah pula dengan kata " begitu " - adakah " begitu hebat sekali " , dan " begitu hebat benar " itu gramatis ? Terima kasih. | (1) Binaan<em> terem>- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh kata penguat. (2) Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang <em>sekaliem> dengan kata penguat bebas <em>amat, sangat atau sungguhem> yang hadir sebelum kata adjektif. Ayat : <em>sungguh hebat sekali betul. em><em>(3) em>Kata<em> 'benar' em>dan<em> betul'em> bukan kata penguat tetapi merupakan kata pembenar<em>.em> (4) Kata 'begitu' tergolong dalam kata peguat golongan kata tugas. Frasa ...<em>begitu hebat sekaliem> adalah gramatis. Kesimpulannya, yang tidak digunakan ialah te<em>r-,em> kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
| saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih. | Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam <em>keadaan tersedia. em>Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175. | Tatabahasa | 23.03.2010 |