| Apakah maksud imbuhan awalan | Awalan ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar, (seperti me-, ber-, ke-, per-, ter- ). Contoh perkataan yang menerima imbuhan, misalnya ber- dalam berjalan dan ter- dalam terambil. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 03.05.2023 |
| hi assalamualaikum tuan saya seorang pelajar tingkatan3 soalan saya ialah cara menggunakan "oleh" adakah oleh mesti wujud dalam ayat pasif? imbuhan ter- membawa maksud pasif ke? | Pengunaan kata sendi nama oleh boleh digugurkan atau kekal dalam ayat pasif bergantung pada binaan ayat dan kata kerja pasif yang digunakan seperti yang berikut: 1. Ayat pasif dengan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN (frasa Nama) yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat, contohnya: (a) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. /Barang itu sudah diambil Ali semalam. Namun demikian, jika binaan oleh + FN terletak jauh dari kata kerja, maka oleh perlu kekal dalam ayat, contohnya: (b) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. 2. Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Contoh ayat: Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun. 3. Ayat pasif yang dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an, kata sendi nama oleh + FN tidak diperlukan. Contohnya ayat:(a) Mereka kehujanan sepanjang hari dan (b) Baju itu berjahit dengan benang sutera. Ya, imbuhan ter- membawa maksud pasif. Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman: 489 – 493). | Tatabahasa | 29.11.2021 |
| 1.Dia sudah terlewat ke sekolah. 2.Dia terlewat ke sekolah. Adakah penggunaan perkataan "sudah" gramatis dalam ayat pertama sedangkan imbuhan "ter" membawa maksud sudah. Terima kasih. | Pendapat tuan betul, ayat yang gramatis ialah "Dia terlewat ke sekolah". | Tatabahasa | 02.09.2014 |
| 1)Apakah maksud Modus Operandi dan ironi ? 2)Betulkah,k.penguat + k.adjektif + k.penguat?Cth:sangat/amat panjang sekali. 3)di kalangan atau dalam kalangan??Setahu saya,dalam kalangan. 4)Kali 2 atau Kali-2 DAN Ke 2 atau Ke-2 ATAUPUN Kali ke-2? | 1. Modus operandi adalah cara untuk melakukan sesuatu, ironi adalah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. 2. Kata penguat paling dan ter- sahaja tidak dibenarkan. 3. Dalam kalangan. 4. Kali ke-2 atau kali kedua. | Makna | 05.09.2006 |
| Ayat seperti ayat (1) disalahkan oleh Dr. Asraf dalam buku tatabahasa beliau Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM (1989) pada halaman ke-170: (1) Bangunan itu tertinggi. Penyalahan ini dilakukan kerana beliau mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti "tertinggi" tidak dapat bekerja cerita sebaliknya perlu dibetulkan kepada "paling tinggi" seperti ayat (1) (a): (1) (a) Bangunan itu paling tinggi. Saya hendak menanyakan sebab penyalahan ayat (1)? Ayat 1 (a) memang tepat kerana bahagian kata penguat "paling" dan bahagian kata sifat "tinggi" dapat membentuk frasa sifat "paling tinggi" yang dapat bekerja cerita, tetapi mengapatah kata sifat "tertinggi" sendiri tidak dapat menjadi frasa sifat? Bukankah satu kata seperti "tertinggi" apabila menjadi cerita, memegang kuasa frasa, maka "tertinggi" bukan lagi kata, tetapi frasa kerana hanya frasa yang dapat bekerja benda dan cerita. Namun begitu, Dr. Asraf menyalahkan sifat ter- "tertinggi" yang bekerja cerita pula. Apakah alasan beliau? Penyalahan ini bukan sahaja ditunjukkan dalam buku Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM, malah buku Dr. Asraf yang lain yang bertajuk tatabahasa SPM 4 & 5 Nexus Asasi keluaran Sasbadi, hasil kerjasama penulisan beliau dengan Dr. Supian Mohd. Noor dan Ramlah Razali pada halaman ke-111. Adakah Dr. Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan juga mendakwa bahawa sifat yang berawalan ter- seperti tertinggi, tercantik tidak dapat bertugas cerita? | Tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan "tidak dapat bertugas cerita"? Untuk makluman tuan/puan, DBP menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama dalam menjawab pertanyaan bahasa. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, tuan/puan hendaklah mengemukakan pertanyaan kepada yang lebih arif yang tidak terikat dengan rujukan DBP atau melakukan penyelidikan. Harap maklum. | Tatabahasa | 27.12.2016 |
| Salam sejahtera. Setahu saya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Dalam contoh berikut: "Aku teringin benar balik ke rumah.", adakah penggunaan kata penguat dalam ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 08.07.2010 |
| pengunaan imbuhan kata kerja dalam ayat | Awalan: 1. meN- 2. beR- 3. teR- 4. di- 5. mempeR- 6. dipeR- Akhiran: 1. -kan 2. -i Apitan: 1. meN-...-kan 2. beR-...-kan 3. beR-...-an 4. di-...-kan 5. meN-...-i 6. di-...-i 7. memper-...-kan 8. memper-...-i 9. ke-...-an 10. diper-...-kan 11. diper-...-i | Tatabahasa | 02.04.2009 |
| Bagaimanakah nak kelaskan morfem bebas dengan morfem terikat. Adakah apitan dikira 1 @ 2 morfem? Umpamaya perkataan ,'berperikemanusiaan' dikira sebanyak 4 morfem, adakah apitan 'ke...an' dianggap 1? | Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
| Salam. Apakah perbezaan analisis dengan analisa? Apakah maksud neokonisme? Berikan contoh kata-kata majmuk. Sekian, terima kasih. | Istilah yang betul ialah analisis, bukan analisa. Tidak ada perkataan neokonisme dalam bahasa Melayu, yang ada ialah neokolonialisme yang bermaksud peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi. Contoh kata majmuk : gambar rajah, alat tulis, kanta tangan, dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan contoh kata majmuk yang lain. | Istilah | 12.06.2010 |
| Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVEN | Kata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik. | Tatabahasa | 28.07.2011 |