Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mona terpukau dengan barangan yang dijual itu. munsyi, adakah terpukau oleh lebigh sesuai kerana banyak buku yang mengatakan bahawa ter~ + oleh , tetapi ada pula buku mengatakan ter~ + oleh atau ter~ + dengan adalah sama. Ini memang menimbulkan kesulitan untuk memastikan kebenaran. TKFrasa "terpukau oleh" dan "terpukau dengan" kedua-duanya membawa maksud yang sama.Tatabahasa16.04.2012
Salam sejahtera, Apakah ayat pasif bagi ayat-ayat berikut? 1. Saya terangkat batu yang berat itu. 2. Saya terminum racun serangga. Adakah ayat pasifnya boleh menerima ter- oleh saya? terima kasih.Bentuk ayat pasif bagi kata ganti diri pertama ialah kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-, maknanya juga tidak menerima kata oleh selepas kata kerja. Contoh ayat pasif yang betul ialah Kerja itu sudah saya selesaikan dan Bola itu saya tendang.Tatabahasa01.03.2012
Buku yang tebal itu terbaca oleh saya dalam masa satu hari. Pilihan jawapan: a)dibacakan oleh saya b) dibaca oleh saya c) saya terbaca d) terbaca oleh saya Apakah frasa ....terbaca oleh saya.... dalam ayat tersebut betul. Apakah penjelasannya dari segi hukum.

Terbaca oleh saya - salah, ter... + oleh mesti diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga seperti terbaca oleh dia.

Tatabahasa04.02.2009
Tuan, adakah apitan ter-...-kan dan ter-...-i dalam bahasa Melayu yang bermaksud "dapat dibuat sesuatu"? Yang saya maklumi bahawa hanya awalan ter- yang bermaksud "dapat membuat sesuatu". Pinta tilik WordPad yang terlampir oleh saya untuk mendalami kajian saya.Tuan,
Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada apitan ter-...kan atau ter-...i.  Yang ada hanya awalan ter-
Tatabahasa19.12.2016
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih.Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama.Tatabahasa21.09.2012
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TKAyat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa05.03.2012
Adakah ayat-ayat (a) dan (b)berikut betul dan gramtis? Adakah ayat-ayat berikut ialah ayat pasif? Bukankah ayat pasif yang melibatkan kata ganti nama pertama tidak boleh diikuti oleh rumus "oleh + pelaku" (a) Tidak terangkat olehku bagasi itu. (b) Tidak terangkat oleh saya bagasi itu. Selain itu, adakah ayat (c) ialah ayat aktif? Adakah ayat (c) betul dan gramtis? (c) Saya tidak terangkat bagasi itu. Untuk ayat (a), ayat aktif berikut yang manakah sepadan dan betul (ayat (d) atau ayat (e))? (d) Aku tidak terangkat bagasi itu. (e) Aku tidak dapat mengangkat bagasi itu. Untuk ayat (f), adakah ayat tersebut ialah ayat pasif yang betul dan gramtis? (f) Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. [Minta maaf, sebenarnya soalan ini saya sudah tanya minggu lepas. Tetapi oleh kerana kesilapan saya dalam menaip, jadi khidmat nasihat yang menjawab soalan kurang jelas dengan soalan saya.Sorry]Ayat pasif yang gramatis ialah Bagasi itu tidak terangkat oleh saya. Ayat pasif pola (pasif ter- + oleh + KGND pertama) Tidak ada bentuk aktif bagi ayat ini.


Tatabahasa03.11.2015
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul?Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." 

Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga.


Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490.
Tatabahasa09.09.2013
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih.Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut.Tatabahasa30.01.2013
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
123456

Kembali ke atas