Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ter paling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata penguat "termasyhur sekali" "terkenal sekali" betul atau salah?Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Lain-lain07.05.2015
Terengganu merupakan negeri yang termasyhur sekali dalam bidang tenunan songket di Malaysia. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat tersebut?Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Tatabahasa23.07.2013
kata penguat "termasyhur sekali" "terkenal sekali" betul atau salah? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2015: Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Namun, saya terjumpa soalan ini yang ditanya pada tahun 2008: Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2008: Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. Nak tanya sebenarnya mana yang betul?TQPenanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Tatabahasa16.02.2016
Salam sejahtera. Bolehkah imbuhan awalan ter digunakan pada perkataan paling.Imbuhan awalan ter atau penanda darjah penghabisan, iaitu ter, paling dan sekali tidak boleh hadir serentak dalam satu binaan ayat.  Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik.Tatabahasa28.08.2022
Terpaling cantik? Betul atau tidak?Jawapannya adalah SALAH. Penanda darjah penghabisan, iaitu ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan ayat.  Contoh kesalahan lain: tercantik sekali, paling cantik sekali, terpaling cantik, paling tercantik.Tatabahasa07.09.2014
Bolehkah "paling" dan "sekali" digunakan serentak, seperti : paling cantik sekali ??Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.Frasa paling cantik sekali tidak boleh digunakan secara serentak.

Binaan darjah penghabisan boleh menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas "amat", "sangat" atau "sungguh" yang hadir sebelum kata adjektif.
Tatabahasa16.07.2013
sungguh meriah sekali...penggunaan kata penguat 'sungguh' dengan 'sekali' boleh digunakan bersama dalam 1 ayat atau tidak?Sungguh meriah sekali - ayat ini betul  iaitu gabungan kata penguat + kata adjektif + kata penguat, yang tak dibenarkan ialah ter/paling + kata adjektif + sekali, seperti tercantik sekali.Tatabahasa08.03.2010
1)Adakah betul penggunaan kata "paling terbaik" daripada sudut tatabahasa? 2)Mana satu yang betul berdasarkan ayat nombor 1 di atas, "dari sudut" atau "daripada sudut"?1. Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir sserentak dalam satu binaan. Oleh itu, penggunaan frasa paling terbaik salah.

2. Frasa yang betul ialah dari sudut.
Tatabahasa12.04.2013
Salam 1 Malaysia, saya sudah merujuk tatabahasa dewan seperti yang disarankan oleh pihak tuan, tetapi kemusykilan saya ialah 'ter' yang dinyatakan dalam contoh hanya merujuk kepada 'ter' yang bergabung dengan kata dasarnya kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima kata penguat darjah penghabisan (ter-, paling dan sekali) contonya * tercantik sekali, *paling pandai sekali. Pandai dan cantik memang kata adjektif namun perkataan 'nama' (Kata Nama), 'desak'(Kata Kerja), yang bergabung dengan imbuhan 'ter-' menjadi 'ternama' dan 'terdesak' tidak dijelaskan berhubung dengan hukum penggunaannya. Persoalannya, adakah 'ter' dalam kes ini berfungsi sebagai imbuhan dan bukannya kata penguat dan peranannya hanya menukar golongan kata nama (nama) menjadi kata adjektif (ternama) dan kata kerja (desak) menjadi kata adjektif (terdesak). Jika ini berlaku, maksudnya, 'ternama' dan 'terdesak' boleh menerima kata penguat paling dan sekali contohnya 'paling ternama' dan 'terdesak sekali'. Saya bertanyakan soalan ini kerana saya perlu menjelaskannya kepada pelajar saya. Terima kasih.Lihat semula buku Tatabahasa Dewan, halaman 170, di bawah tajuk Awalan teR-. Jelas dinyatakan dalam halaman berkenaan ternama dan terdesak hasil gabungan awalan teR- dan kata nama/kata kerja, dan bukannya darjah penghabisan seperti tercantik. Lihat juga halaman 244 dan bezakan fungsi kedua-dua kata tersebut.Tatabahasa30.01.2013
Meminta kepastian penggunaan frasa "teramat cantik sekali" betul atau salah kerana frasa ini terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5.Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244,  penggunaan darjah penghabisan ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah adalah betul.

Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan.

Mohon pihak puan, nyatakan tajuk buku teks dan tahun terbitan serta muka surat  buku tersebut untuk penyemakan kami.

Tatabahasa04.12.2014
123456

Kembali ke atas