| kata penguat "termasyhur sekali" "terkenal sekali" betul atau salah? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2015: Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Namun, saya terjumpa soalan ini yang ditanya pada tahun 2008: Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2008: Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. Nak tanya sebenarnya mana yang betul?TQ | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Tatabahasa | 16.02.2016 |
| Buku yang tebal itu terbaca oleh saya dalam masa satu hari. Pilihan jawapan: a)dibacakan oleh saya b) dibaca oleh saya c) saya terbaca d) terbaca oleh saya Apakah frasa ....terbaca oleh saya.... dalam ayat tersebut betul. Apakah penjelasannya dari segi hukum. | Terbaca oleh saya - salah, ter... + oleh mesti diikuti dengan kata ganti nama diri ketiga seperti terbaca oleh dia. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
| Salam sejahtera, (1) Adakah " teramat tinggi benar " dan " teramat tinggi betul " itu salah ? (penggunaan imbuhan " ter " tdk perlu diikuti dgn kata penguat selain perkataan " terkenal " ? ) (2) Bagaimana pula dgn " sungguh hebat benar " & " sungguh hebat betul " ? Saya difahamkan yang " sungguh hebat SEKALI " itu gramatis (kata penguat bebas " sungguh ", " amat " dan " sangat " boleh menerima KATA PENGUAT KEDUA iaitu " SEKALI " ) . (3) Bagaimana pula dengan KATA PENGUAT KEDUA yang lain seperti " benar " & " betul " ? Contoh [ sungguh/amat /sangat .... benar/ betul/nian ? ] (4) Bagaimanakah pula dengan kata " begitu " - adakah " begitu hebat sekali " , dan " begitu hebat benar " itu gramatis ? Terima kasih. | (1) Binaan ter- + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh kata penguat. (2) Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Ayat : sungguh hebat sekali betul. (3) Kata 'benar' dan betul' bukan kata penguat tetapi merupakan kata pembenar. (4) Kata 'begitu' tergolong dalam kata peguat golongan kata tugas. Frasa ...begitu hebat sekali adalah gramatis. Kesimpulannya, yang tidak digunakan ialah ter-, kata penguat sekali dan paling dalam satu ayat/serentak kerana kerana ketiga-tiga kata dan imbuhan tersebut sudah menunjukkan darjah penghabisan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
| Salam sejahtera, perkara yang ingin saya sentuh di sini hanya berkaitan dengan contoh yang diberikan oleh pihak tuan berhubung imbuhan 'ter-' yang bergabung dengan kata kerja 'duduk' menjadi 'terduduk',Penjelasan tentang perkara itu saya memang jelas dan faham bahawa imbuhan 'teR-' juga merupakan salah satu imbuhan untuk Kata kerja yang salah satunya membawa makna 'dalam keadaan tersedia'. Cuma beza antara 'terduduk' dengan 'terdesak' ialah 'terduduk' tidak boleh didahului atau didiikuti oleh kata penguat sedangkan 'terdesak' boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa 'terdesak' dan 'terduduk' terdiri daripada dua golongan kata yang berbeza walaupun kedua-dua kata dasar ini ialah kata kerja (desak dan duduk), iaitu 'terdesak' ialah kata adjektif manakala 'terduduk' ialah kata kerja. Rumusan yang saya buat ini mungkin kurang tepat dan jika ada kesalahan, saya berharap pihak tuan boleh memperbetul kesalahan tersebut. Oleh sebab itulah timbulnya persoalan saya tentang kata penguat yang merujuk kepada darjah penghabisan paling dan sekali yang boleh hadir bersama- sama perkataan terdesak, contohnya 'Dalam keadaan paling terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram). | Dalam hal ini kita perlu melihat kepada kelas kata tersebut, duduk dan desak ialah kata kerja. Sedangkan darjah penghabisan mengungkapkan penggunaan kata adjektif melalui cara-cara yang dinyatakan. Tidak ada contoh penggunaan paling terdesak/sangat terdesak dalam pangkalan data kami. Penggunaan tersebut tidak gramatis dan mungkin banyak digunakan dalam bahasa Percakapan. Ayat yang betul ialah dalam keadaan terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
| ungkapan " Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional terunggul"..betulkah ungkapan ini atau perkataan "terunggul" perlu dibuang imbuhan "ter" menjadi "unggul" sahaja? | Imbuhan 'ter-' pada ungkapan tersebut bermakna 'yang paling' dan tidak salah jika dikekalkan imbuhan awalan tersebut. | Lain-lain | 13.10.2009 |
| Apakah perbezaan antara imbuhan "di-" dan "ter-" untuk membentuk ayat pasif? Contohnya, "Pernahkah anda tertipu/ditipu oleh berita palsu yang sedang tular dalam laman sosial?" [Sumber: Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu MPSM Kelantan 2023] Mengapakah ditipu salah? | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan serta mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama “oleh” tidak boleh digugurkan. Maka, perkataan “ditipu” salah dalam contoh ayat tersebut. Untuk makluman lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 489 – 493.
| Tatabahasa | 23.01.2024 |
| salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih. | Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
| Meminta kepastian penggunaan frasa "teramat cantik sekali" betul atau salah kerana frasa ini terdapat dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244, penggunaan darjah penghabisan ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah adalah betul. Penanda darjah penghabiasan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Mohon pihak puan, nyatakan tajuk buku teks dan tahun terbitan serta muka surat buku tersebut untuk penyemakan kami.
| Tatabahasa | 04.12.2014 |
| merujuk soalan 73 yang telah saya tanya. Ayat' kereta itu tercantik sekali' sememangnya salah kerana kata adjektif'cantik' menggunakan kata penguat 'ter' dan 'sekali'. Walau bagaimanapun , ada pendapat yang mengatakan bahawa kata dasar bagi kata' terkenal' ialah 'kenal' iaitu bukan adjektif sebaliknya kata kerja. Oleh itu , ayat ' Pahlawan itu terkenal sekali' dianggap betul. Minta pendapat tuan. Terima kasih. | Imbuhan "ter" bagi terkenal bukan menunjukkan darjah penghabisan tetapi bermaksud "sedia kenal", oleh itu boleh digunakan perkataan sekali menjadi terkenal sekali. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
| W.M. Hanif Hassan 23/12/2016 17:04 W.M. Hanif Hassan W.M. Salam saya nak tanya berkenaan perkataan "terbijak" boleh atau salah penggunaannya dan penerangannya..terima kasih..boleh atau tidak ter digabungkan dengan bijak... | Waalaikumussalam. Kata adjektif "bijak" boleh digabungkan dengan imbuhan "ter". Kata adjektif terbitan yang sedemikian ini berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Perkataan "terbijak" membawa maksud paling bijak. | Tatabahasa | 23.12.2016 |