Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, saya agak keliru dengan penggunaan ter+kata adjektif+sekali, adalah penggunaan tatabahasa ini betul? Dalam seminar tentang penyemakan dan pembetulan manuskrip Tatabahasa Dewan Edisi Semakan di DBP pada 1 Jun 2005, para panel penulis dewan telah membuat keputusan dan telah mengubah tentang frasa adjektif " TER + KATA ADJEKTIF + SEKALI" sebagai betul [ dengan alasan kata penguat sekali dianggap sebagai penegas ]. soalan saya, adakah pembaharuan ini masih dikekalkan? terima kasih.Dalam buku tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) yang telah diterbitkan tidak ada makluman/contoh "ter+kata adjektif+sekali". Oleh itu pembaharuan yang diperkatakan ini masih belum diterima.Tatabahasa13.09.2008
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan "ter" dan "di" yang terdapat di hadapan sesuatu perkataan? Contohnya, terjemahan "stored" ialah "tersimpan" dan "disimpan". Bagaimana cara untuk mengetahui penggunaan "ter" dan "di" yang betul? Terdapat banyak lagi contoh yang boleh didapati di laman web DBP tetapi saya hanya sertakan satu supaya soalan saya lebih jelas. Mohon penjelasan dan penerangan dari pihak DBP. Terima kasih atas bantuan yang pihak anda telah berikan. :)Dalam pembentukan istilah ada menggunakan awalan "ter" seperti tersimpan dan terlakur. Pembentukan istilah sama ada menggunakan awalan "ter" atau "di" atau mengekalkan kata akar adalah bergantung pada konsep yang terkandung dalam istilah tersebut.Tatabahasa27.05.2015
Salam sejahtera. Setahu saya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Dalam contoh berikut: "Aku teringin benar balik ke rumah.", adakah penggunaan kata penguat dalam ayat ini betul? Sekian, terima kasih.Ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain08.07.2010
1. Adakah frasa "amat terkenal sekali" adalah betul? sebab imbuhan Ter- dan "sekali" telah membawa maksud darjah penghabisan, tetapi wujud "amat terkenal sekali" dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 ms 32. 2. adakah kata penguat bebas boleh hadir serentak dalam ayat yang sama? contoh, "sungguh amat penting" betul atau salah dari segi tatabahasaFrasa yang betul ialah “amat terkenal” atau “terkenal sekali” dan "sungguh penting" atau “amat penting”. Kata penguat bebas tidak dapat hadir serentak dalam satu ayat.



Tatabahasa23.05.2023
merujuk soalan 73 yang telah saya tanya. Ayat' kereta itu tercantik sekali' sememangnya salah kerana kata adjektif'cantik' menggunakan kata penguat 'ter' dan 'sekali'. Walau bagaimanapun , ada pendapat yang mengatakan bahawa kata dasar bagi kata' terkenal' ialah 'kenal' iaitu bukan adjektif sebaliknya kata kerja. Oleh itu , ayat ' Pahlawan itu terkenal sekali' dianggap betul. Minta pendapat tuan. Terima kasih.

Imbuhan "ter" bagi terkenal bukan menunjukkan darjah penghabisan tetapi bermaksud "sedia kenal", oleh itu boleh digunakan perkataan sekali menjadi terkenal sekali. 

Tatabahasa08.03.2010
Salam memperjuangkan bahasa tuan DBP. Adakah kata "terasa" dapat digunakan sebagai kata kerja aktif? Hal ini saya curigai kerana pada pengetahuan saya, segala kata kerja yang berawalan ter- yang bermaksud "telah dibuat" itu hanya digunakan dalam ayat pasif sahaja, seperti: (1) Ajaran guru itu tersurat oleh saya dalam buku nota (tersurat - kata kerja pasif = telah disuratkan); (2) Kad pengenalan terlampir oleh saya bersama surat permohonan ini (terlampir oleh saya = telah saya lampirkan). Kedua-dua ayat (1) dan (2) ini ayat pasif kerana penyambut perbuatan "ajaran guru itu" dalam ayat (1) dan "kad pengenalan" dalam ayat (2) dipangkalkan dalam ayat. Pada asalnya, ayat berbentuk (1) telah menyuratkan ajaran guru itu dan (2) telah melampirkan kad pengenalan. Jadi, adakah ayat (3) Saya terasa letih sekali betul? Saya bertanya demikian kerana dalam ayat (3), kata "terasa" digunakan sebagai kata kerja aktif. Saya mengatakan bahawa ayat (3) ayat aktif kerana pelaku "saya" didepankan dalam ayat. Untuk pendapat saya yang lanjut, sila tuan rujuk WordPad terlampir oleh saya.DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan (Sila rujuk muka surat 170 -174). Sekiranya puan mempunyai pandangan atau pendapat lain tentang jenis kata kerja berawalan "teR-', sila kemukakan  kepada penulis buku tersebut atau kepada pakar bahasa yang lain.Tatabahasa02.12.2016
betulkah penggunaan baharu dan baru telah berubah? bagaimanakah penggunaan kata penguat 'sekali' digunakan? setahu saya , tidak boleh ada dua kata penguat dalam satu frasa adjektif tetapi ada pula orang yang kata sesetengah kata penguat boleh menggunakan sekali di hujungnya. sekian, terima kasih.

Perkataan baru atau baharu adalah sama. Yang membezakan perkataan ini ialah baru merujuk kepada 'just'. Misalnya baru sampai. Baharu merujuk kepada 'new'. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut; 1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama. 2. ter + kata adjektif. 3. paling + kata adjektif. 4. kata adjektif + sekali. 5. ter + amat, sangat + adjektif. 6. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 245.

Tatabahasa12.10.2008
Assalamualaikum. Berkaitan dengan penggunaan imbuhan. Hampir semua buku nahu yang telah saya telitikan, setiap imbuhan ditulis sedemikian: peR- meN- beR- Sebagai seorang penuntut Bahasa Melayu, saya ingin mengetahui hujah dan sebabnya. Terima kasih. AssalamualaikumAwalan peN-, peR-, beR-, teR- dan sebagainya ditulis sedemikian menandakan bahawa bentu-bentuk awalan tersebut boleh berubah bergantung pada huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan tersebut; dan perkembangan serta perancangan bahasa menghasilkan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. Contohnya: (i) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p seperti peN + baca menjadi pembaca dan peN + fatwa menjadi pemfatwa. (ii) Awalan peN- menjadi peN- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s seperti peN + dapat menjadi pendapat dan peN + syarah menjadi pensyarah. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 dan 161.Tatabahasa12.09.2011
KemalanganPertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). Istilah18.02.2009
123

Kembali ke atas