Safuwan Fauzi ada kata baru,, Billion = Risa dan Dekna=1 Trillion, 1 risa=1 billion 1 dekna 1 trilion.agak2 kata baru ini boleh jadi "offical" rasmi tak bahasa Melayu baru? | Sekiranya perkataan baru ini banyak dan kerap digunakan, kemudian terakam dalam korpus, tidak mustahil ia akan menjadi perkataan rasmi bahasa Melayu. Bahasa kita hidup dan sentiasa berkembang. | Istilah | 12.06.2015 |
Yang mana betul, 1. 'harapkan pagar, pagar makan padi' atau 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga' | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah 'harapkan pagar, pagar makan padi' dan 'melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. | Lain-lain | 31.01.2012 |
Tuan, (a) Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. ATAU 2. Encik Lim memperisteri anaknya dengan calon angkasawan. (b) Peribahasa manakah betul: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi. ATAU 2. Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah lelaki) Encik Lim mempersuamikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah perempuan) Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk peribahasa yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 22.01.2019 |
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan menyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih. | Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya. Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.12.2018 |
1. Perbezaan di antara cenderahati dengan cenderamata? | Kedua-dua entri ‘cenderamata’ dan ‘cenderahati’ terakam dalam Kamus Dewan. Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. | Istilah | 07.10.2014 |
1. Apakah perbezaan antara murid dan pelajar ? 2. Bolehkah menggunakan awalan 'meng' untuk simpulan bahasa, contohnya : mengikut jejak | 1. Murid sama maksudnya dengan pelajar. 2. Simpulan bahasa dikekalkan seperti yang sedia terakam dalam pangkalan data. Ungkapan mengikut jejak betul seperti dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Saya dapati perkataan "inspirasi" terakam dalam KD4 dengan terbitan "berinspirasi", "menginspirasi" dan "menginspirasikan". Adakah bentuk terbitan "terinspirasi" juga boleh digunakan (dengan makna "berilhamkan")? | 1. Perkataan terinspirasi masih belum wujud dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud inspirasi ialah sesuatu yg menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain) dan merupakan sinonim dengan perkataan ilham. Maksud berilhamkan pula ialah mempunyai sesuatu sebagai ilham manakala berinspirasi pula bermaksud mempunyai inspirasi. Maka maksud berilhamkan tidak boleh digunakan dengan terinspirasi. Perkataan yang sinonim dengan berilhamkan ialah berinspirasi. | Istilah | 29.04.2019 |
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih. | Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubahubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. | Makna | 19.02.2009 |
Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)? | Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 1000 - 9000 (tidak ada jarak) 1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma) Terima kasih. | Lain-lain | 02.02.2009 |
salam, 1.melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biarlah daripada rebungnya...mana satukah yang betul dari atau daripada.?.. jika tatabahasa yang betul penggunaan daripada yang tepat.. namun adakah peribahasa boleh diubah ikut tatabahasa yang betul? 2. Indah khabar dari rupa atau indah khabar daripada rupa? | Peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung" dan "Indah khabar daripada rupa". Lazimnya bentuk peribahasa ini dikekalkan walaupun diulang cetak berkali-kali. | Lain-lain | 23.06.2012 |