Manakah frasa yang menepati nahu bahasa Melayu? 'Perang Terakhirnya' atau 'Perangnya Terakhir' atau 'Perangnya yang Terakhir. | Perangnya yang Terakhir. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui... | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan Tunku | Wasiat Tunku Pesanan Terakhir Tunku | Tatabahasa | 12.11.2008 |
Bolehkan anda terangkan kritikan sosial yang dipaparkan dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain? Terima kasih! | Sdr. perlu membaca novel Konserto Terakhir bagi mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut. | Lain-lain | 01.09.2007 |
Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Judul novel dalam ayat di atas perlu ditulis dengan pengikat kata atau tulisan dimiringkan? | Hilmi merupakan watak utama dalam novel Konserto Terakhir. Tajuk buku ditulis condong. | Ejaan | 13.06.2012 |
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1": 2.4 Menentukan Jumlah Kredit 24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2. 24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah: i. pelajar semester akhir; atau ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya; | Lain-lain | 05.10.2015 |
bagaimanakah hendak memulakan sesebuah karangan?bagaimanakah hendak membuat persediaan terakhir bagi peperiksaan?terima kasih | Sesebuah karangan ada rangka atau format. Biasanya sesebuah karangan dimulakan dengan perenggan pengenalan atau latar belakang. Untuk persediaan terakhir saudara boleh merujuk contoh karangan di dalam buku rujukan yang terdapat di pasaran. | Lain-lain | 15.11.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Policy Last Updated", yang mana antara berikut sesuai digunakan? 1. Kali Terakhir Dasar Dikemas Kini 2. Kali Terakhir Dikemas Kini Dasar Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dicadangkan padanan bahasa Melayu ialah Tarikh Akhir Dasar Dikemaskinikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.12.2017 |
Kata sehingga dan hingga sama penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat hingga membawa pelabagi maksud, iaitu : 1. garis yang terakhir, batas; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll); dan makna terakhir 3. hingga = sehingga, hinggakan, sehinggakan iaitu sampai pada keadaan. Oleh itu, hingga dan sehingga sama sahaja penggunaannya | Tatabahasa | 05.12.2012 |
Salam tuan puan, lampiran terakhir masih belum sesuai margin, saya hantar kembali file yang memudahkan untuk disemak. Saya mohon bantuannya | Semakan yang dibuat terhadap teks bahasa Melayu sahaj. Sila lihat Lampiran. | Tatabahasa | 20.01.2014 |