Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul? | Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
3 contoh Slogan 1. Bersatu Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras Kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sejahtera, Perpaduan Terbina | Untuk makluman. ketiga-tiga slogan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, slogan yeng pertama perlu diletakkan tanda koma selepas "Bersatu". Oleh itu, slopgan yang berikut adalah betul dan boleh digunakan. 1. Bersatu, Luar Bandar Maju 2. Perpaduan Teras kemajuan Luar Bandar 3. Luar Bandar Sehajtera, Perpaduan terbina | Tatabahasa | 14.04.2014 |
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042 | Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pemandangan di sini permai sekali. 2. Seronok betul melihat ragam kanak-kanak itu. 3. Hal itu telah saya rancang. 4. Abang membeli sebuah rumah teras. Terima kasih. | Keempat-empat ayat contoh yang diberikan betul. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Saya ingin mendapatkan makna bagi perkataan Dasar, Teras dan Objektif. Saya sudah merujuk kepda kamus Dewan Edisi 3, tetapi terlalu ringkas makan perkataan tersebut. Saya memerlukan ciri-ciri bagi perkataan tersebut untuk saya membuat rujukan. Saya boleh dihubungi di talian 03-88884817. Segala kerjasama di pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (kamus terkini) antara maksud dasar ialah 1. bahagian yang di bawah sekali 2. sifat,perangai 3 . pertimbangan yang pokok berkenaan sesuatu 4. pendirian yang menjadi asas segala tindakan . Makna teras antaranya ialah sesuatu yang terpenting .Makna objektif antaranya ialah 1. sesuatu yang khusus yang ingin dicapai 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar. Saudara boleh juga membuat rujukan dalam carian kata melalui Laman DBP. | Makna | 23.06.2008 |
Salam Hormat, Mohon bantuan DBP untuk terjemahkan perkataan Bahasa Inggeris bagi Nilai Teras (Core Values) berikut ke Bahasa Malaysia: 1. Honour 2. Loyalty 3. Courage 4. Pride Bantuan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Honour - Kehormatan 2. Loyalty - Kesetiaan 3. Courage - Keberanian 4. Pride - Kebanggaan | Istilah | 18.11.2016 |
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH | Perkataan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">kelangsungani> bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kitai>. Berdasarkan korpus DBP, kata <i style="mso-bidi-font-style: normal;">kelangsungani> mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah. Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah. 1">1"> | | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2017 |
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat | Saudara, Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan mengenal pasti ayat dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. | Lain-lain | 17.10.2010 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "keystone"? Contoh penggunaan ayat: "The country is a leader in marine protection and has zero loss of keystone species." | 1. Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud keystone ialah 1. baji batu; 2. (<i>fig.i>) asas, teras. Jika lihat kepada contoh ayat yang diberikan, terjemahan yang sesuai bagi keystone species ialah spesies asas.
| Makna | 02.10.2017 |
erti kata 'dasar' | Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), 3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi, 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya, 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.03.2010 |