Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Teras Kemunting haluan perahu,
     Tanam tebu hutan seberang;
Angkat kening memberitahu,
     Bolehkah jumpa sama seorang?


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP tentang maksud bagi frasa nama khas ' Teras Insaniah' dan 'Teras Sokongan' dalam ayat 'Penyelesaian masalah sosial akan dapat diusahakan dengan membangunkan Teras Insaniah sebagai faktor dalaman dan Teras Sokongan sebagai faktor luaran.' Adakah Teras Insaniah yang dimaksudkan ialah sejenis kursus yang berkaitan dengan kemanusiaan dan juga Teras Sokongan ialah kursus kemahiran seperti kemahiran dalam bidang yang tertentu. Terima Kasih.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, data kami memberikan maksud perkataan demi perkataan, bukan frasa. Teras dikiaskan kepada sesuatu yang terpenting, insaniah bersifat kemanusiaan dan sokongan ialah tunjangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kamus atau laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna04.12.2014
Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi.Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.Lain-lain21.03.2013
Yang manakah ayat di bawah ini betul? a)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti yang dalam Rajah 1-1. b)Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1. Bagaimanakah penggunaan kata sendi yang betul?Pemetaan Teras Strategik ICT dan Rangka Kerja ICT adalah seperti Rajah 1-1.Tatabahasa08.07.2012
jikalau soalan minta membincangkan BAHASA TERAS BUDAYA,bolehkah bincangkan dakam konteks malaysia iaitu bahasa melayu dan budaya malaysia?bagaimana bahasa menjadi teras budaya?terima kasih.

Tajuk Bahasa Teras Budaya mempunyai definisi yang luas. Dari segi takrif, bahasa ialah sistem lambang bunyi suara bagi sesebuah kelompok manusia. Budaya pula ialah tamadun, peradaban dan akal budi sesebuah masyarakat. Dalam konteks soalan ini, bahasa teras budaya, hendaklah dianalisis secara mendalam kerana dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, nilai-nilai perpaduan hendaklah diberikan keutamaan.

Lain-lain19.02.2008
Tuan, Apakah terjemahan perkataan terbaik untuk 'core business' seperti dalam ayat berikut: Secara amnya, core business' jabatan ialah menyediakan latihan...........................................Data DBP memberikan padanan ‘perniagaan teras’ untuk frasa ‘core business’ dalam bidang perniagaan. Mengambil contoh padanan tersebut, kami mencadangkan ‘perkhidmatan teras’ untuk digunakan dalam perkhidmatan awam seperti jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun.Istilah16.06.2014
Salam sejahtera Untuk makluman, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang dalam proses menyediakan Pelan Strategik Perbadanan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Sehubungan itu, antara Teras yang telah dipersetujui adalah seperti berikut: 1. MENDIDIK MASYARAKAT SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG LESTARI; 2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI SISA PEPEJAL YANG TERKINI, KOS EFEKTIF DAN LESTARI. Merujuk kepada Teras berikut, sukacita dipohon jasa baik tuan/puan untuk melakukan semakan kesesuaian penggunaan bahasa merujuk kepada perkataan LESTARI. Segala perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih. Sekian. Zaitun Araship Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam 0322459335, 0127527042Pada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Manakala penggunaan frasa "kos efektif" tidak dibenarkan kerana tidak menetapi tatabahasa bahasa Melayu. Frasa yang boleh digunakan ialah keberkesanan kos.Tatabahasa21.10.2013
Apakah konsep 'core and satellite' dalam bahasa melayu?Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada teras dan satelit.Penyemakan dan penterjemahan04.04.2014
Apakah penterjemahan bagi perkataan 'core value' dalam bahasa MelayuTerjemahan yang sesuai ialah 'nilai teras'.Makna24.11.2006
Saya ingin mendapatkan makna bagi perkataan Dasar, Teras dan Objektif. Saya sudah merujuk kepda kamus Dewan Edisi 3, tetapi terlalu ringkas makan perkataan tersebut. Saya memerlukan ciri-ciri bagi perkataan tersebut untuk saya membuat rujukan. Saya boleh dihubungi di talian 03-88884817. Segala kerjasama di pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (kamus terkini) antara maksud dasar ialah 1. bahagian yang di bawah sekali 2. sifat,perangai 3 . pertimbangan yang pokok berkenaan sesuatu 4. pendirian yang menjadi asas segala tindakan . Makna teras antaranya ialah sesuatu yang terpenting .Makna objektif antaranya ialah 1. sesuatu yang khusus yang ingin dicapai 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.  Saudara boleh juga membuat rujukan dalam carian kata melalui Laman DBP. Makna23.06.2008
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH
Perkataan kelangsungan bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kita. Berdasarkan korpus DBP, kata kelangsungan mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah.  Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah.  
Penyemakan dan penterjemahan15.05.2017
123

Kembali ke atas