Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.tur]/[ter.a.tur] | تراتور

Definisi : 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.tur]/[ter.a.tur] | تراتور

Definisi : tersusun dgn baik: Acara penyampaian ijazah itu berjalan dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teratur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
carian kata bagi "tidak teratur"Tidak teratur bermaksud tidak disusun dengan baik.Makna30.12.2009
apakah maksud kerancuan bahasaMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan  bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain.    Lain-lain20.03.2008
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu.Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan  bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal.Lain-lain10.01.2008
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya.Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih.Tatabahasa23.10.2008
Ayat yang lebih teratur diantara 2 di bawah: "The midland city of Johor" Atau "The midland city of Johore"Kedua-dua bentuk ayat adalah betul, teks bahasa Inggeris boleh mengekalkan ejaan Johore tetapi tidak salah jika menggunakan ejaan Johor (nama khas).Ejaan28.10.2011
maksud perkataan strategiAntara maksud strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Makna12.08.2009
maksud sempurnaMakna sempurna ialah tidak ada cacat celanya(kekurangannya; lengkap;baik lagi teratur; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 halaman 1442.Makna03.09.2007
makna lintang-kedakBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-kedak bermaksud  tidak teratur (letak sesuatu dll).Makna14.02.2009
apakah yang dimaksudkan dengan kerancuan bahasa?Menurut Kamus Dewan, kerancuan dikaitkan dengan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan atau kekeliruan.Kerancuan bahasa merupakan kekacauan atau kekeliruan yang berlaku dalam bahasa. Bagi melihat contoh ayat, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.07.2007
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran.    Makna13.03.2008
1234

Kembali ke atas