Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbaharu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
"Judul Terbaru" ataupun "Judul Terbaharu"?"Terbitan Terbaru" ataupun "Terbitan Terbaharu"?Judul Terbaru dan Judul Terbaharu, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa04.09.2014
Salam, yang manakah betul? 'model terbaharu kereta' atau 'model kereta terbaharu'?terima kasih.Model kereta terbaharu.Tatabahasa12.03.2013
Penggunaan perkatan Terbaharu & Terbaru dalam iklan. Yang mana patut digunakan?Kedua-dua perkataan ini adalah betul dan boleh digunakan.Ejaan20.10.2011
"terbaru" atau "terbaharu"?Jawapan yang betulnya ialah terbaharu.Ejaan16.07.2007
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak?Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee)Lain-lain12.11.2007
Salam sejahtera Saya ingin menanyakan prosedur terbaharu serahan manuskrip novel untuk tujuan penerbitan di DBP. Apakah format terbaharu? Haruskah sertakan sinopsis? Memadaikah jika dihantar melalui e-mel sahaja? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera tuan,

PENERBITAN NOVEL DBP

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) novel dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Salinan keras (hard copy) manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini.
  • Novel minimum 200 halaman (dewasa)
  • Sediakan sinopsis novel
  • Sediakan surat penyerahan manuskrip.
  • Manuskrip boleh die-melkan kepada Ketua Editor: nurjulia@dbp.gov.my

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Ketua Editor Bahagian Buku Sastera,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain22.04.2021
Tuan, saya ingin tahu, apa sebab ayat pertama boleh tulis sebagai baju baru, tapi, ayat kedua pula tulis sebagai permainan terbaharu? 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya. 2. Ini permainan terbaharu di Internet. Terima kasih.Kata baru dan baharu dianggap sebagai variasi dalam bahasa Melayu dan membawa makna yang sama. Akan tetapi, lazimnya penggunaan baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Tatabahasa15.06.2020
Salam, jadi berdasarkan soalan sebelum ini benarkah ayat ini "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari".Kedua-dua ayat, iaitu "Basikal paling baharu itu abang gemari" atau "Basikal model terbaharu itu abang gemari" adalah betul.Tatabahasa04.04.2013
Tuan, saya ingin tahu, apa sebab ayat pertama boleh tulis sebagai baju, tapi, ayat kedua pula tulis sebagai permainan terbaharu? Ayat yang betul 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya. 2. Ini permainan terbaharu di Internet. Terima kasih.Maaf tuan, soalan kurang jelas.  Sila maklumkan kepada kami konteks ayat atau istilah untuk kami bantu menjawab dengan jelas soalan yang dikemukakan.Makna11.06.2020
12345678

Kembali ke atas