Salam sejahtera. 1. " Tolong ! Tolong ! Rumah saya terbakar," jerit pemuda itu. 2. " Tolong, tolong ! Rumah saya terbakar, " jerit pemuda itu. Ayat yang mana betul ? Terima kasih. | Ayat yang betul: "Tolong! Tolong! Rumah saya terbakar!" jerit pemuda itu. | Tatabahasa | 21.07.2016 |
Apakah perbezaan antara hangus, hangit dan rentung? Terima kasih | Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). Rentung pula ialah terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda habis ~; . | Tatabahasa | 12.12.2013 |
selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih . | 1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
Rumah yang baharu/baru dibina itu terbakar. yang mana betul baharu atau baru? | Kedua-dua jawapan yang diberikan betul tetapi perkataan "baharu" lebih gramatis. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Suhu Tinggi Risiko Terbakar (High Temperature Risk of Burns) Soalan 2: Suhu Rendah Risiko Radang Dingin (Low Temperature Risk of Frostbite) Soalan 3: Beban Melangkah Maksimum (Maximum Stepping Load) | 1. Cadangan terjemahan frasa yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: i. High temperature risk of burns - risiko terbakar suhu tinggi ii. Low temperature risk of frostbite - risiko reput fros suhu rendah iii. Maximum stepping load - beban injakan maksimum Namun, cadangan tersebut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2024 |
Mohon terjemahkan "afterburn effect". Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan luka terbakar. | Istilah | 11.10.2016 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum. 2. Mentol itu sudah rosak. 3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
maksud bagi kuasa autonomi,hidrogen&krimer | Kuasa autonomi ialah kuasa atau hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain). Hidrogen ialah gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air. Krimer ialah serbuk atau cecair berwarna putih yang menggantikan susu dalam minuman teh, kopi dan sebagainya. | Makna | 17.03.2007 |
ayam goreng itu hangus/hangit kerana api terlalu besar. mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan di antaranya? adakah hangit hanya boleh digunakan untuk makanan? | Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar". Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Ikan yang dimasak oleh kakak hangit kerana dia terleka. Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka. ayat yang mana betul? terima kasih. | Ayat yang tepat ialah 'Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka', hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaann makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 08.03.2011 |