Salam Sejahtera. Mohon tanya mudah terbiodegradasi atau mudah terbiodegradasikan? | Jawapan yang betul dan tepat ialah terbiodegradasikan. Contoh ayat: Pengurusan sisa terbiodegradasikan. Penggunaan produk plastik terbiodegradasikan yang mudah dilupuskan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 301. | Lain-lain | 15.07.2024 |
Assalamualaikum, Di PRPM, biodegradable ada dua padanan iaitu terbiodegradasikan dan biorosot. Bolehkah saya menggunakan istilah biorosot/ terbiorosot untuk terjemahan supaya lebih konsisten? | Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Padanan biodegradable berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah terbiodegradasikan. Birosot hanya digunakan untuk perkataan tertentu seperti terjemahan biodegradable waste iaitu sisa biorosot. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.10.2017 |
Macam mana translate "readily biodegradable" & "formulated with plant based surfactants" to bahasa melayu? Is it "mudah terbiodegradasikan" & "dirumus dengan surfaktan berasaskan tumbuhan" ? | Kedua-dua padanan bahasa Melayu ini betul bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.02.2024 |