Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1. keluar dr permukaan (air dll), keluar dr tempat terlindung (bulan, matahari, dll), muncul, timbul: bulan sudah ~; sebelah mata­hari ~ sebelah timur; 2. berbangkit (perasaan hati, fikiran, dll), lahir, timbul; dlm hatinya ~ keinginan utk memilih antara dua orang pemuda itu mana yg lebih baik dan sesuai dgn hatinya; 3. siap dicetak dan diedar­kan (buku, majalah, dll), tersiar (berita, maka­lah, dll): ~nya kedua-dua antologi ini me­rupa­­kan satu kemajuan besar; 4. keluar memancar (air, cahaya, dll), keluar (peluh, air mata, dll): air yg ~ drpd mata air biasa­nya jernih; 5. keluar (dr rumah, persem­bunyian, dll): setelah pintu terbuka dia pun ~lah; 6. tumbuh atau keluar drpd: sehelai rambut atau bulu ~ drpd satu liang yg halus di dlm kulit itu; 7. berpunca atau bermula drpd: kebakaran itu ~ drpd puntung rokok yg dibuang dlm bakul sampah; menerbitkan 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. mengeluarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. meng-hasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); terbitan 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; ~ berkala keluar­an (majalah) yg diterbitkan berulang-ulang pd waktu yg tertentu; kata ~ kata yg memakai imbuhan; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; ~ awam tawaran saham sesebuah syarikat kpd orang ramai utk tujuan mendapat penye­naraian di bursa saham; ~ baru tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam; ~ bonus terbitan saham baru oleh sesebuah syarikat yg diberikan percuma kpd pemegang saham yg sedia ada; ~ hak tawaran terbitan saham biasa baru syarikat kpd pemegang saham yg sedia ada utk membeli saham tersebut sebelum tawaran saham dibuat kpd awam; penerbitan 1. perihal (perbuatan dll) mener­bitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan mener­bitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; penerbit (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (orang, syarikat, dll) yg mener­bitkan buku dll: semasa di sana banyak juga ia menulis utk beberapa ~ di Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bit] | تربيت

Definisi : 1 keluar dr permukaan air dll; keluar dr tempat terlindung (ttg bulan, matahari dll); timbul; muncul: Matahari ~ di sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. 2 keluar memancar (ttg mata air); keluar menitis atau memercik (ttg air mata, peluh dll): Dr bawah batu itu, ~ mata air yg jernih. 3 timbul perasaan atau timbul kemahuan utk berbuat sesuatu: Dlm hatinya, ~ keinginan hendak mengambil gadis itu utk dijadikan teman hidupnya. 4 sudah siap dicetak dan diedarkan kpd orang ramai (ttg buku dll); sudah siap dibuat rakaman dan diedarkan (ttg piring hitam dsb); tersiar dlm surat khabar dll (ttg berita dsb): Buku itu akan ~ pd bulan hadapan. Surat khabar Utusan Zaman ~ pd tiap-tiap hari Ahad. menerbitkan 1 membangkitkan atau menimbulkan perasaan (marah, benci dll): Kelakuannya yg biadab itu telah ~ kemarahan gurunya. 2 mengeluarkan dan mengedarkan buku, majalah dll; menyiarkan berita dlm surat khabar dll: Dewan Bahasa dan Pustaka telah banyak ~ buku utk sekolah rendah. 3 mendatangkan bahaya (kerugian, penya­kit dll): Kejatuhan harga getah telah ~ kerugian yg besar kpd syarikat itu. 4 menghasilkan atau mengeluarkan sesuatu; menyebabkan terbit. terbitan sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. kata ~ kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan. penerbitan 1 cara atau hal menerbitkan. 2 pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dll. ~ meja ist penerbitan dokumen bercetak bermutu tinggi dgn menggunakan komputer peribadi dan pencetak. penerbit orang atau syarikat yg menerbitkan buku, majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bak pinang dianduh,
     putus tali dia berdiri.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih."Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain".Tatabahasa31.07.2007
makna umum SUBJEKTIFSUBJEKTIF - (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting.Makna08.10.2008
1)Adakah betul penggunaan ayat seperti berikut.. Air mata terbit daripada matanya setelah dimaraji oleh gurunya? 2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. atau Saya yakin saya boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut:

(1) Air matanya mengalir setelah dimarahi oleh gurunya. (Tidak perlu dinyatakan punca air mata kerana air mata sememangnya berpunca daripada mata dan lewah).

(2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Kata "dapat" merupakan kata bantu ragam yang menyatakan ragam perasaan  dan keupayaannya, manakala kata "boleh" juga merupakan kata bantu tetapi keadaan keupayaannya yang diizinkan, misalnya;  Shisa boleh menyertai peraduaan itu.)

Tatabahasa25.02.2009
Saya nak tanya buku teks sejarah kbsm yang disemak semula bila akan terbit?Untuk makluman, DBP tidak dipertanggungjawabkan untuk menyemak semula buku teks Sejarah KBSM. Mohon tuan berhubung terus dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Buku Teks), Putrajaya.Lain-lain02.04.2012
Salam, Mengapakah perkataan bendahari tidak tergolong dalam kata majmuk?Bendahari bukanlah gabungan daripada perkataan benda dan hari. Bendahari terbit sendiri dan bukan bukan kata majmuk.Istilah31.01.2013
Tuan, Saya ialah dari sebuah syarikat penerbitan buku computer untuk pelajar sekolah rendah. Saya ingin bertanya mengenai sebuah gambar yang ingin terbit dalam buku. Pertayaan saya ialah bahawa gambar yang saya attach yang mengandungi lagu "NegaraKu" mempunyai apa-apa issue yang sensitive atau salah jika diterbitkan. Sekian Terima KasihUntuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, pada pandangan kami eloklah Sdr  merujuk terus kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain04.05.2012
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah)

Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih)

Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma)

Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) 

Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170.

 

 

Lain-lain27.02.2008
apa itu maksud kolofon,otograf,kodikologiKolofon bermaksud lambang penerbit pada buku; petunjuk pada bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit,dsb. Otograf atau autograf? Autograf bermaksud tandatangan sesorang, baiasanya orang terkenal; naskhah asal yang ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. Kodikologi bermaksud kajian tentang manuskrip.  Makna05.04.2008
pakah yang dimaksudkan dengan implikasi dan apakah peranti perangkap dan daripada manakh asalnya bahasa melayu baku.Implikasi ialah kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Sila nyatakan konteks penggunaan peranti perangkap untuk dilihat maknanya. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa Melayu standard dan perkataan baku bermaksud sesuatu yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll.) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsbg. yang lain.Makna14.10.2007
saya ber nama Afeeyah ingin bertanya buku kemahiran membaca.terimakasih atas pertanyaanBerikut antara buku yang boleh dirujuk;

Judul Penerbit Keluaran Tahun Terbit ISBN Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca Tiada Tiada 2004 983-192-111-9 Panduan mengajar kemahiran membaca Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1994983-62-3968-5
Tatabahasa07.11.2013
1234567

Kembali ke atas