Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, 1. Untuk partikel 'lah' 'kan' bertemu dengan kependekan, misalnya 'tu' 'ni'; partikel tersebut harus a) disambungkan contoh, 'nilah', 'tulah', 'tukan' kemudian kata tersebut diitalikkan @ tidak? ATAU b) ni lah, tu lah, tu kan ditulis seperti ini? 2. Negeri Bawah Bayu, Negeri Matahari Terbit --> setiap panggal kata ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil - terima kasih -

1. Dieja bersambung dan tidak italik. Walau bagaimanapun, yang lebih gramatis perlu ditulis penuh, contohnya itulah, inilah.  

2. Perlu ditulis dengan huruf besar.

Tatabahasa01.10.2010
Adakah terdapat perkataan "menimbul"? Berdasarkan Kamus Melayu DBP, kata terbit untuk "timbul" hanyalah "menimbulkan". Apakah perbezaan antara "menimbul" dan "menimbulkan"?Kata terbitan untuk perkataan "timbul" ialah "menimbulkan" bukan "menimbul".  "Timbul" merupakan perkatan yang kata dasarnya hanya dapat menerima apitan meN-...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- sahaja.Tatabahasa15.06.2020
1)Diperkenalkannya imbuhan Ke pascakata sebab ade nya..kalau merupakan imbuhan apitan di-kan...nya bertindak sebagai apa 2)kebergantungan..imbuhan awalan apa?ke ade dua imbuahan awalan.. 3)pertama adakah kata tugas..persoalannya boleh kah menjadi imbuhan awalan per+tama

1. Imbuhan dipeR- ...-kan ialah apitan yang membentuk kata kerja pasif transitif, contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

2. Mengambil contoh perkataan "kebergantungan", terbit daripada akar kata gantung, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebergantungan.

3. Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa07.08.2018
Salam. Saya masih keliru dengan penggunaan 3 imbuhan sekaligus. Cth: memperolehi- salah. Sbb 3 imbuhan. Kalau mempermainkan?? Memperincikan?Apitan ini tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper-...-i ini wujud untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja seperti memperingati dan memperkawani, tetapi tidak memperolehi. Kata memperolehi terbentuk daripada gabungan kata oleh dengan awalan memper- (bukan apitan memper-...-i). Perkataan memperincikan dan mempermainkan pula terbit daripada gabungan kata dasar dengan apitan memper-...-kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 209 - 212, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa17.04.2014

Kembali ke atas