Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.bi.tan] | تربيتن

Definisi : 1. sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah, dll): akhbar berkala Melayu ~ sebelum perang; 2. (Eko) tawaran sekuriti, saham dsb utk dijual kpd pelabur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.bi.tan] | تربيتن

Definisi : sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk Daftar kata Bahasa Melayu edisi kedua, m/s 22 tentang definisi kata terbitan. ' Kata terbitan ( atau kata turunan) ialah kata dasaryang berimbuhan ( mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Boleh tak tuan jelaskan ' ..atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain'? terima kasih atas bimbingan selama ini dan seterusnya.Dalam bahasa yang mudah difahami kata terbitan ialah kata yang terjadi/terdiri daripada kata akar dan imbuhan yang disatukan. Untuk mendapatkan maksud petikan tersebut sila rujuk penulis/penyusun Daftar Kata tersebut.Lain-lain05.06.2010
Bagaimanakah wujudnya "kata terbitan" bahasa Melayu dan apakah ciri-ciri yang membentuk "kata terbitan"Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan,iaitumendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   Tatabahasa16.07.2008
Perkataan terbitan: 1. Pelantikan 2. Perlantikan Wujudkan kedua-dua kata terbitan tersebut?1. Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" , iaitu perihal melantik. Dari kata dasar lantik, terbit kata melantik dan perihal melantik ialah pelantikan. Lazimnya apabila awalan ber- diimbuhkan kepada kata dasar seperti  jalan menerbitkan kata berjalan, dan baharulah wujud perjalanan, iaitu perihal berjalan. Tidak ada kata berlantik, maka tidak ada wujud kata perlantikan.Tatabahasa28.06.2013
Saya ingin tahu mengenai penulisan resensi novel . Adakah buku terbaru terbitan DBP saja yang boleh dibuat resensi di majalah kumpulan Dewan ? Kalau yang resensi novel bukan terbitan DBP dimana saluran yang sesuai dikirimkan ?Salam, Puan.  Pada asasnya, hanya resensi buku terbitan DBP yang disiarkan dalam majalah terbitan  DBP. Walau bagaimanapun, resensi buku penerbit lain, terutamanya yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan budaya ada juga disiarkan mengikut keperluan. Berkaitan dengan resensi novel yang bukan terbitan DBP, saya cadangkan puan kemukakannya kepada akhbar ataupun penerbit majalah yang lain.Lain-lain08.06.2012
Apakah perbezaan antara terbitan dan penerbitan? Yg saya faham, terbitan adalah hasil atau laporan manakala penerbitan adalah perbuatan untuk menghasilkan laporan tersebut? Betulke?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terbitan ialah sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah). Penerbitan pula ialah perihal (perbuatan dll) menerbitkan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna30.12.2008
Apa beza antara kata terbitan dan kata nama? adakah kedua-duanya sama atau berlainan? Bagaimana cara pengunaannya ?apakah semua kata dasar yang berimbuhan akhiran -an- akan jadi kata terbitan? tolong terangkan maksud kata terbitan!Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, seperti nama orang, tempat, benda, haiwan atau konsep. Manakala kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan termasuklah kata dasar yang digandingkan dengan imbuhan -an. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 85 dan halaman 106.Tatabahasa27.02.2009
Tak, nak, tapi, saja, ni dan sebagainya dapat dinamakan perkataan kontot. Wajar atau tidak perkataan seperti ini digunakan (a) dalam karya sastera (b) tulisan di media massa seperti akhbar dan majalah terbitan DBP (c) terbitan kerajaan seperti pekeliling dan laporan tahunan?Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks dan media. Dalam terbitan rasmi seperti pekeliling, laporan, dokumen rasmi lain seperti akhbar dan terbitan DBP ini tidak digunakan.  Walau bagaimanapun dalam penulisan kreatif seperti novel,  dialog atau dalam bahan bercetak seperti poster bentuk seperti boleh digunakan bergantung pada tujuan dan sasaran penggunanya.Tatabahasa17.01.2009
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih

Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan  perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya.

Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga per­gantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat:  Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.

Tatabahasa03.02.2011
assalamualaikum.. saya inginkan kepastian tentang Pembentukan kata nama. Adakah contoh yang saya berikan betul mengikut 4 bentuk kata nama( attachment)

Tidak semua contoh yang diberikan betul. Contoh: semua orang - tidak tergolong dalam kata terbitan. Kata terbitan ialah kata dasar yang diberikan imbuhan (Awalan, akhiran, sisipan).

Untuk maklumat selanjutnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Lain-lain22.10.2009
apakah maksud kata terbitan dan contoh-contohnya

Kata dasar yang menerima imbuhan (awalan/akhiran/apitan) akan menghasilkan kata terbitan. Contohnya apitan peN-...-an digabungkan dengan kata dasar laksana akan menghasilkan kata pelaksanaan dan pelaksanaan adalah kata terbitan.

Tatabahasa21.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas