Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. 
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021
Mohd Zulkifli ToneExcel Aug 19th, 8:55am Assalamualaikum dan selamat pagi, saya mencari buku asas pengauditan oleh takiah iskandar. Bagaimana nya?Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain19.08.2015
saya ingin untuk menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris terbitan Luar Negeri ke dalam Bahasa Malaysia. Apa perlu saya buat. Perlukah saya meminta kebenaran dari penulis nya dahulu. Bagaimana hendak mengetahui samaada buku itu sudah pun di terjemahkan kedalam Bahasa Melayu sebelum ini?Tentang terjemahan, perlu mendapatkan izin terjemah dan terbit daripada penerbit asal. Tentang sama ada buku telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, perlu dinyatakan judul asal buku berkenaan.Lain-lain17.11.2007
asalamualaikum, saya mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan perkataan yang khas dalam istilah agama. setakat ini, banyak kekeliruan istilah agama dalam manuskrip yang saya edit. boleh saya mendapat "list" panduan ejaan laras agama contohnya penggunaan '-Nya' dan lain-lain.hal ini kerana panduan "list" tersebut penting untuk saya merujuk kesalahan istilah dalam manuskrip agama. saya berharap tuan/puan tidak keberatan menghantar panduan tersebut ke alamat email saya fiqline_89@yahoo.comAda beberapa kata bahasa Arab yang telah mantap dan diterima pakai dalam bahasa dan difahami dalam budaya Melayu. Kata-kata ini terakam dalam Kamus Dewan namun tiada sebuah buku yang khusus yang mengumpul semua kata-kata Arab tersebut. Ada juga istilah yang diambil daripada bahasa Arab terutamanya istilah yang berkaitan dengan agama. Saudara boleh merujuk Istilah Agama Islam terbitan DBP. Untuk makluman tuan, kata ganti nama diri 'nya' dieja bersambung kecuali '-Nya' yang merujuk Allah dieja sedemikian.Tatabahasa07.09.2012
hi. saya guru tadika. Baru -baru ini saya mendapati buku baru terbitan bahasa melayu untuk tadika ia punya suku kata sudah bertukar. seprti ini ma+in =main sebelum ini tetapi sekarang suku kata baca (main), du+ri+an=durian sebelum ini,tapiu sekarang suku kata nya baca du+rian=durian. lu+ar=luar sebelum .......(luar) sekarang. boleh beritahu yang manakah bacaan ,eja ,suku kata yang betul?Ada dua perkara yang berbeza di sini, satu pemenggalan kata dan satu lagi sebutan, contohnya; main - pemenggalan kata/suku kata (ma+in), tetapi sebutannya (main), durian; suku kata (du+ri+an) sebutannya (du+rian), luar; suku kata (lu+ar) sebutannya (luar)Tatabahasa20.11.2007
Biarlah orang berhari raya, Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. Dalam buku “Khazanah Pantun Melayu Riau” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2016) bawah kategori “Petalangan” muka surat 653, perkataan *redanya diguna dalam pantun tersebut tapi tiada kemasukan dalam Kamus Dewan IV. Bolehkah perkataan ini digunakan, dan adakah ejaannya *redanya atau reda-Nya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan reda bermaksud bersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan dengan ejaan yang betul ialah reda-Nya jika ayat merujuk kepada Allah.

Ejaan25.05.2023
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan.

Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir.

Tatabahasa10.10.2011
adakah perkataan "Latek" perkataan Melanau yang bermaksud Lumpur sudah digunakan dalam dbp. kertana saya terdengar salah saorang daripada guru menggunakan bahasa ini dalam ucapan beliau yang menjurus simpulan maknanya dalam penyampayan nya yang bermeksud masih di tekuk yang lama.Buat masa ini kata tersebut belum dirakamkan di dalam kamus terbitan DBP.Lain-lain31.03.2008
Maha luas dalam ayat berikut perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Ia seolah menjadi pintu persiapan, bukan hanya menuju Syawal, tetapi lebih jauh, iaitu menuju Baitullah, berangkat ke pangkuan rahmat-Nya yang maha luas.

Perkataan maha dalam frasa “maha luas” dieja dengan huruf kecil. Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan sebagai satu perkataan yang utuh. Contoh lain:  maha mulia, maha besar dan  maha agung.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 304 - 305 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1377.

Tatabahasa17.11.2025
Salam hormat, Lema *Jibrail - mentakrifkan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada rasul atau nabi. Manakala *Jibril (ejaan tanpa a) terdapat pada lema *wahyu mentakrifkan firman (kalam) Allah yang dibaca kepada nabi dan rasul-Nya yang disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Juga pada lema *mewahyukan - mentakrifkan menurunkan wahyu kepada, menyampaikan petunjuk (pengajaran dll) dengan wahyu disampaikan kepada Nabi oleh Jibril... Persoalannya - boleh perkataan *Jibril digunaka di samping perkataan *Jibrai?

Salam hormat dan terima kasih atas perhatian yang diberikan. Untuk makluman, kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan Perdana, 2020) telah memasukkan entri Jibril dan ditakrifkan seperti berikut:

Jibril جبريل [dʒib·ril] n malaikat yg tugasnya menyampaikan wahyu kpd rasul

Manakala entri Jibrail ditakrifkan seperti berikut:             

Jibrail جبرائيل [dʒib·rɒ.·il] n Jibril

Walaupun kedua-dua ejaan dimasukkan sebagai entri, ejaan Jibril lebih lazim penggunaanya berbanding Jibrail. Terima kasih.

Ejaan18.05.2025
12

Kembali ke atas