Hari Terbuka/Rumah Terbuka Sekolah | Hari Terbuka Sekolah | Lain-lain | 12.08.2008 |
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ? | Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu". | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"?? | Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka". | Tatabahasa | 18.07.2013 |
saya mahu tahu ayat mana yang btol..kejohanan futsal terbuka atau kejohanan terbuka futsal | Frasa yang betul ialah Kejohanan Futsal Terbuka. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
1. saya ingin mendapat kepastian mengenai pengunaan istilah. "hari asrama terbuka" atau "hari terbuka asrama"? Mana satu istilah yang tepat. 2. Apakah beza 'mengenai' dan 'tentang' | Ynag tepat ialah Hari Terbuka Asrama. Mengenai dan tentang ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 278. | Tatabahasa | 24.03.2008 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari terbuka">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
apakah maksud dasar langit terbuka? | Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 26.09.2007 |
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup? | Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup. | Lain-lain | 20.07.2010 |
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Tatabahasa | 02.03.2010 |
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih. | Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. | Tatabahasa | 21.01.2010 |