saya munee baka sedang belajar bahasa melayu di Universiti Fatoni Selatan Thailand ini bertanya dpb Apakah imbuhan awalan....? terima kasih | Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk seperti awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Imbuhan awalan merupakan kata dasar yang ditambah imbuhan di hadapannya. Contoh, ber- dalam perkataan berjalan. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata? | Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan. Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
Sebilangan murid tidak faham tentang penggunaan imbuhan yang betul di dalam ayat menjadikan struktur ayat salah. Contoh: raya - beraya, dirayakan, merayakan, perayaan. Semua perkataan membawa maksud berlainan. Bagaimana hendak memberi penerangan yang jelas agar murid faham dan dapat membina ayat dengan betul. | Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahannahu maknanya. Tercakup dalam imbuhan ialh bentuk-bentuk berikut; awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Pengimbuhan akan melahirkan kata terbitan. Setiap proses pengimbuhan akan menerbitkan sama ada kata nama, kata kerja atau kata adjektif yang memberi makna yang berbeza . Murid-murid perlu diberikan maklumat mengenai setiap fungsi imbuhan dan murid-murid perlu lebih banyak membaca serta kerap membuat latihan membina ayat. Cikgu boleh merujuk Kamus Dewan untuk carian makna dan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai panduan tatabahasa. | Tatabahasa | 21.04.2013 |