Salam. Saya ingin bertanya, apakah padanan terbaik untuk ayat 'necessity is the mother of invention' dalam ayat bahasa Melayu ataupun peribahasa Melayu? Terima kasih. | Salam Saudara. Cadangan padanan kami ialah "Kerana keperluan manusia, lahirlah reka cipta". Namun begitu, bagi dijadikan tajuk novel atau karya kreatif, antara cadangan kami termasuklah "Indah Tercipta", "Anugerah Tercipta", dan "Ilham Tercipta". | Penyemakan dan penterjemahan | 11.06.2014 |
AYAT: Mampukah cinta tercipta antara dua dunia? (situasi: percintaan antara dua individu yang berbeza latar belakang) - SOALAN: penggunaan "antara" atau "di antara" yang betul? | Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. 1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah) 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Mampukah cinta tercipta antara dua dunia?- TEPAT | Tatabahasa | 03.10.2012 |
Antara ayat-ayat di bawah, yang mana satu betul. 1a) Ali boleh menunggang basikal. 1b) Ali dapat menunggang basikal. 2a) Adik ada tahi lalat di pipi kiri. 2b) Adik mempunyai tahi lalat di pipi kiri. 3a) Arca yang menarik itu tercipta olehnya. 3b) Arca yang menarik itu dicipta olehnya. | 1a) dan 1b) - Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaannya. 2a) dan 2b) - Kedua-duanya betul. Tetapi yang lebih betul ialah 2a. 3b) betul | Lain-lain | 02.04.2009 |
Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
Saya Zulkiflee Aromat Sedang belajar Bahasa Melayu Dasar di Universiti Fatoni.Ingin Bertanya DBP,Apakah Maksud puisi Lama Terimakasih | Puisi lama dikenali sebagai puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. Puisi tradisional bersifat kolektif, milik bersama masyarakat, tidak menyatakan nama penulis atau pengarang dan disebarkan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut. Sastera tradisional terbagai kepada puisi dan prosa. | Sastera | 22.09.2016 |
Saya Zulkiflee aromat sedang berlajar bahasa melayu dasar di Universiti fatoni. Ingin bertanya DBP,apakah maksud puisi lama | Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 22.09.2016 |
Saya Zulkiflee Aromat sedang belajar bahasa dasar di Universiti fatoni ingin DBP,Apakah maksud puisi lama Terima kasih | Puisi lama disebut juga sebagai puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 22.09.2016 |
saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasih | Puisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional. Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam. | Sastera | 08.09.2016 |