Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.da.hu.lu] | تردهولو

Definisi : 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.da.hu.lu] | تردهولو

Definisi : lebih awal: Dia pergi ke sekolah ~ drpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdahulu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdahulu, saya mengajukan pertanyaan berhubung penulisan nama negara dalam Bahasa Melayu. Jawapan DBP seperti berikut: Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Justeru, soalan selanjutnya adalah berdasarkan ayat berikut: "Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali." Apakah penerbitan yang diterbitkan oleh DBP yang menyenaraikan nama negara berdaulat dalam Bahasa Melayu. Rujukan telah dibuat kepada Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Maklumat terjemahan dari nama asal kepada Bahasa Melayu tidak dilampirkan.Untuk makluman puan, tidak semua nama tempat/negara terakam dalam data terbitan kami. Begitu juga dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang tidak menyenaraikan semua nama tempat dan hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan.

Sebagai alternatif, puan bolehlah merujuk buku terbitan DBP, iaitu Gaya Dewan (hlm. 414 - 423) dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, puan juga boleh merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul untuk nama-nama negara.
Ejaan31.01.2025
Assalamualaikum. Ayat mana yang tepat dan benar : 1) Merujuk pada email terdahulu, saya dan.............. 2) Merujuk kepada email terdahulu, saya dan............Ayat yang betul ialah  'Merujuk kepada e-mel terdahulu, saya dan...'Tatabahasa25.01.2011
Yang mana betul/tepat, ' Sekiranya tuan telah diletakkan ke dalam jawatan berpencen dalam perkhidmatan yang terdahulu....' atau 'Sekiranya tuan telah diletakkan dalam jawatan berpencen perkhidmatan terdahulu...'
Sekiranya tuan telah diletakkan dalam jawatan berpencen perkhidmatan terdahulu ...

Tatabahasa25.02.2011
Manakah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat berikut sama ada kritis atau kritikal? Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritis atau kritikal.Dapat membuat justifikasi antara andaian dan amalan pedagogi terdahulu dengan amat kritikal. Wacana bahasa Melayu menggunakan perkataan kritikal yang sama maksudnya dengan kritis dalam bahasa Indonesia.Tatabahasa16.11.2015
saya ada bertanya sebelum ini tetapi masih belum mendapat jawapnberkenaan tanda baca selepas tanda petik apabila ada tanda soal spt berikut: Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami dia berkata, “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?”. adakah tanda noktah selepas tanda petik perlu atau tidak? atau seperti ini,“Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” (tiada tanda titik) “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” tidak perlu noktah selepas tanda petik. Tatabahasa26.09.2020
Mohon pertanyaan berkenaan istilah "back series" dalam konteks ekonomi diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia bermaksud apa? Adakah "siri masa kebelakang" atau "siri masa terdahulu". sekian, terima kasih cth : Pada tahun 2025, En. Ali dimohon untuk menyelesaikan "back series" data ekonomi bermula 2024 sehingga 2020.Cadangan padanan bagi istilah back series dalam bahasa Melayu ialah siri terdahulu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah07.03.2025
Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan.

Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan.
Istilah08.02.2012
Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih.1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh.
2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. 
Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. 
Tatabahasa02.02.2022
Untuk soalan 6 yang terdahulu, adakah frasa kerja 'membawa sebatang kayu' boleh diterima sekiranya barang tersebut dibawa bergerak ke tempat lain?Frasa 'membawa sebatang kayu' boleh digunakan kerana membawa ialah kata kerja umum yang lebih khusus cara membawa objek itu. Untuk maklumat lanjut dan melihat perbezaan makna setiap perkataan sila rujuk Kamus Dewan ataut manfaatkan kemudahan di laman web kami www.prpm.gov.my.  Tatabahasa28.10.2015
(Soalan pindaan daripada kiriman soalan terdahulu) Pihak syarikat ingin menggunakan logo 'Kinderland' dibangunan seperti yang dilampirkan pada mukasurat 1 dan ingin mendapatkan pengesahan & persetujuan penggunaan bahasa (kata nama khas) untuk papan tanda bagi tujuan pengesahan pihak berkuasa tempatan. Sila maklumkan keputusan/pengesahan dengan menghubungi saya di talian 03-56322663 atau email di alamat faizal@crestar.com.my. Perhatian oleh pihak tuan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Untuk makluman tuan, setiap paparan mestilah mengandungi keterangan dalam bahasa Melayu, "Kinderland" sebagai jenama tidak diubah, namun perlu masukkan keterangan seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian atas sebelah kiri.Lain-lain19.08.2015
12345678910

Kembali ke atas