| 1) Hal ini demikian kerana "banyak terdapat" ladang... banyak terdapat atau terdapat banyak? 2) Antaranya termasuklah... Gramatis? 3) Penglibatan atau pelibatan? Terima kasih. | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah "terdapat banyak ladang. Ejaan yang betul ialah penglibatan. | Tatabahasa | 31.07.2020 |
| Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda. | Makna | 01.12.2021 |
| Terdapat masalah dalam soalan lepas saya dari 17 Nov 2025. Laman ini kata ia sudah diselesaikan tetapi saya tidak mendapat sebarang jawapan: Bagaimana patut nama tempat di Mesir dieja dalam sistem BM? Patutkah ejaan Melayunya berdasarkan ejaannya dalam tulisan Arab, sebutan loghat Mesir, atau ejaan bahasa Inggerisnya? Contoh tempat dalam Inggeris: Deir el-Medina, Saqqara, Gebel el-Silsila (دير المدينة، سقارة، جبل السلسلة.). Untuk rujukan, ITBM terjemahkannya menjadi Dayr al-Madinah, Saqqarah dan Jabal as-Silsilah. | Proses mengalih bahasa bagi kata tertentu dalam bahasa Melayu hendaklah merujuk sumber asalnya, iaitu bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu kata nama Arab "Dar al-" lazimnya menjadi "darul" seperti Darul Iman dan Darul Makmur. Walau bagaimanapun, nama Dayr al-Medinah ini merupakan nama khas yang belum ditrasliterasikan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami mencadangkan ejaan Dar al-Madinah digunakan. Bagi dua lagi lama, ejaan Saqarah (bentuk tasydid tidak divisualkan) dan Jabal al-Silsilah digunakan. | Ejaan | 29.04.2026 |
| Terdapat kekeliruan dalam memahami satu pernyataan. Sekiranya seseorang kakitangan adalah patuh untuk tidak berada di pejabat tanpa kebenaran, yang manakah jawapan terbaik untuk mencerminkan kepatuhan kakitangan bagi pernyataan di bawah: TIDAK BERADA DI PEJABAT TANPA KEBENARAN pilihan jawapan: 1. SANGAT KERAP 2. TIDAK PERNAH mohon sertakan penerangan kepada jawapan yang dipilih. Terima kasih. | Mohon maaf, soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan mudah difahami. | Lain-lain | 31.07.2025 |
| Terdapat anggapan bahawa satu-satu emosi adalah berasingan daripada satu-satu emosi yang lain. Walhal, emosi tidak harus wujud secara bersendirian. Satu-satu emosi tidak semestinya berdiri sendiri. Malahan, ia harus atau boleh wujud bersama (_co-exist_). Emosi sedih boleh wujud bersama emosi gembira pada satu-satu masa. Walaupun, jika dilihat pada permukaannya, kedua-dua emosi tersebut adalah bertentangan, hal ini adalah harus kerana emosi ialah makhluk atau ciptaan Allah S.W.T. Perumpamaan yang sesuai bagi perkara berkenaan dan situasi tersebut ialah lautan air tawar dan lautan air masin yang wujud bersama (al-Furqan: 53). | Padanan bagi istilah co-exist dalam bahasa Melayu ialah wujud bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.01.2025 |
| Terdapat frasa koktel bagi "cocktail" dalam bahasa inggeris. Adakah ianya moktel bagi "mocktail"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mocktail secara umumnya ialah moktel. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.01.2024 |
| Terdapat satu tempat di tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai "Anjung Spotter", iaitu sebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. "Spotter" tersebut sepatutnya apa di dalam bahasa Melayu? Adakah sepatutnya "Anjung Pengesan Kapal Terbang"? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah spotter ialah pengesan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.10.2022 |
| Terdapat satu jenis topologi struktur kekisi yang bernama 'octet-truss'. Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu? Setakat ini saya guna oktet-trus. Terima kasih | Cadangan terjemahan bagi "octet-truss" ialah "Kekuda Oktet". | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2022 |
| Terdapat kesalahan ejaan di situ. Sila rujuk gambar. Mohon tindakan segera | Pihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya. Terima kasih. | Lain-lain | 03.11.2020 |
| Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai? | Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. | Istilah | 16.06.2019 |